Harian Metro

Kapal karam ada emas RM74 bilion

-

Bogota: Dua lagi bangkai kapal ditemukan di luar pantai Cartagena, Colombia yang dipercayai karam lebih 300 tahun lalu.

Ia dipercayai mempunyai emas bernilai AS$17 bilion (kira-kira RM74 bilion), lapor Newsweek.

Pihak berkuasa Colombia juga mengeluark­an rakaman baharu serpihan kapal berkenaan.

Presiden Ivan Duque berkongsi perkembang­an mengenai penemuan imej baharu dan bangkai kapal berkenaan menerusi satu pengumuman yang disiarkan, Isnin lalu.

Rakaman itu diambil dalam empat misi pemerhatia­n dilakukan tentera laut

Colombia, menggunaka­n kenderaan kawalan jauh yang dihantar jauh ke dasar laut.

Imej biru dan hijau menunjukka­n syiling emas, tembikar dan cawan porselin bertaburan di dasar laut.

Imej itu memberi gambaran tentang harta karun kapal itu yang dianggap bernilai berbilion dolar.

Duque berkata, kerajaan berhasrat membangunk­an mekanisme pembiayaan mampan untuk meneroka bangkai kapal berkenaan.

Katanya, Colombia berhasrat mencari kira-kira 12 lagi bangkai kapal bersejarah dengan teknologi sama.

 ?? ?? MOHAMMED Salman ketika membentang­kan projek The Line pada 2021. - Foto Neom.
MOHAMMED Salman ketika membentang­kan projek The Line pada 2021. - Foto Neom.
 ?? ?? BANGKAI kapal yang ditemukan di luar pantai Cartagena yang dipercayai karam lebih 300 tahun lalu.
BANGKAI kapal yang ditemukan di luar pantai Cartagena yang dipercayai karam lebih 300 tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia