Harian Metro

Idea Putera Salman

Arab Saudi nekad mahu bina bangunan terbesar di dunia

-

Arab Saudi dilaporkan berhasrat membina bangunan terbesar di dunia di kawasan terpencil di negara itu sebagai sebahagian daripada pembanguna­n baharu bernilai AS$500 bilion (kira-kira RM2.2 trilion), lapor Bloomberg.

Menurut sumber, projek Neom itu cetusan idea Putera Mahkota Saudi Mohammed Salman yang menyasarka­n untuk membina bangunan berkembar dengan ketinggian kira-kira 500 meter.

Katanya, bangunan itu akan menempatka­n gabungan ruang kediaman, runcit dan pejabat merentasi pantai Laut Merah ke kawasan padang pasir.

Pelan itu adalah anjakan daripada konsep asal yang diumumkan tahun lalu untuk membina pembanguna­n yang dihubungka­n dengan kereta api laju bawah tanah.

Menurut kakitangan serta bekas kakitangan Neom, pereka bentuk diarahkan untuk menyediaka­n prototaip sepanjang setengah batu (kira-kira 0.8 kilometer) dan jika ia diteruskan, setiap struktur menjadi lebih besar daripada bangunan terbesar sedia ada di dunia.

Penasihat Ahli Lembaga Neom, Ali Shihabi menyifatka­n, The Line, sebuah bandar moden mampan sangat pintar yang akan dibina secara berperingk­at dan mengikut permintaan.

Neom ialah rancangan

Putera Mohammed yang diumumkan pada 2017 untuk menjadikan kawasan terpencil di negara itu kepada negeri separa autonomi berteknolo­gi tinggi, bebas kenderaan.

Ia sebahagian daripada rancangann­ya untuk menarik pelaburan asing dan membantu mempelbaga­ikan ekonomi Arab Saudi daripada bergantung kepada hasil minyak.

Sebahagian daripada keuntungan kewangan Arab Saudi daripada harga minyak yang lebih tinggi berkemungk­inan akan digunakan bagi menampung pembinaan projek berkenaan.

“The Line, sebuah bandar moden mampan sangat pintar Ali Shihabi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia