Harian Metro

Biola Stradivari­us dijual RM67.35 juta

-

New York: Biola jarang jumpa, Stradivari­us yang pernah digunakan untuk menghasilk­an runut bunyi filem Wizard of Oz dijual dengan nilai AS$15.3 juta (RM67.35 juta) pada satu acara lelongan di New York, Khamis lalu.

Biola buatan tukang mahir, Antonio Stradivari pada 1714 itu adalah milik Toscha Seidel.

Seidel bukan sahaja menggunaka­nnya untuk runut bunyi filem klasik Hollywood yang ditayangka­n pada 1939 itu, malah dipercayai pernah digunakann­ya untuk mengajar pelajar terkenalny­a, Albert Einstein.

Pengasas Pusat Lelongan Tarisio, Jason Price berkata, daripada ribuan instrumen yang dibuat Stradivari, masih ada 600 alat muzik jenis itu yang diketahui setakat ini.

“Daripada jumlah itu, banyak yang berada di muzium, yayasan dan dalam keadaan yang tidak akan dijual.

“Terdapat juga beberapa pilihan yang dikenali antaranya instrumen ketika zaman emas untuk muzik, iaitu antara tahun 1710 dan 1720.

“Sebahagian besarnya adalah yang paling dikehendak­i dan paling tinggi nilainya,” katanya.

Rekod biola Stradivari­us paling mahal dijual adalah pada 2011 apabila biola Lady Blunt dikatakan milik cucu penyair Lord Byron, Lady Anne Blunt dijual dengan nilai AS$15.9 jura (RM69.99 juta), di London.

Untuk lelongan terbaharu ini, Pusat Lelongan Tarisio mendedahka­n biola Stradivari­us itu adalah milik koleksi Munetsugu di Jepun.

Namun, ia tidak mendedahka­n siapa pemilik baharu alat muzik itu. - AFP

 ?? ?? BIOLA Stradivari­us yang pernah digunakan untuk menghasilk­an runut bunyi filem Wizard of Oz.
BIOLA Stradivari­us yang pernah digunakan untuk menghasilk­an runut bunyi filem Wizard of Oz.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia