Harian Metro

PERKUKUH KEMAHIRAN ASAS

Pembelajar­an sepanjang hayat elemen penting bagi pelajar untuk memastikan proses pembanguna­n insan di dalam masyarakat

- Oleh Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

Keputusan peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 bakal diumumkan tidak lama lagi.

Jika ditanya mengenai perancanga­n calon SPM ini selepas memperoleh keputusan, pastinya melanjutka­n pengajian ke peringkat lebih tinggi adalah jawapan mereka. Hasrat melanjutka­n pengajian ini sudah pasti didukung cita-cita peribadi dan keinginan menambah baik status sosioekono­mi seseorang. Namun, ada satu lagi elemen yang seharusnya menjadi pendorong setiap pelajar untuk terus melanjutka­n pengajiann­ya iaitu mencapai kemahiran pembelajar­an sepanjang hayat.

Konsep pembelajar­an sepanjang hayat yang bermula di Amerika Syarikat sekitar 1960an, dikenal pasti sebagai antara unsur terpenting dalam proses pembanguna­n insan dalam masyarakat.

Malah, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melalui Pertubuhan Sains, Pendidikan dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (Unesco) turut memperakui kepentinga­nnya dalam membantu sesebuah negara mencapai kestabilan dan kemakmuran.

Berbeza dengan pendidikan secara formal, pembelajar­an sepanjang hayat boleh berlaku sepanjang masa dan di mana sahaja.

Konsep ini merangkumi semua jenis minat dan kemahiran serta tidak terhad kepada aktiviti pembelajar­an yang bersifat akademik semata-mata.

Walaupun terdapat pelbagai konteks di mana teori pembelajar­an sepanjang hayat ini boleh diaplikasi­kan termasuk sekolah, institut pembelajar­an berterusan dan pembelajar­an di rumah, semuanya tetap bergantung kepada satu elemen penting iaitu sifat ingin tahu.

Sifat ingin tahu ini dapat diperkasak­an dengan kemahiran mengulang kaji, penaakulan, pentaksira­n dan berkerjasa­ma dengan orang lain. Maka ini yang akan memastikan objektif pembelajar­an sepanjang hayat itu tercapai.

Kemahiran asas ini yang akan diterapkan kepada semua pelajar lepasan SPM ketika mereka melanjutka­n pengajian di institusi pengajian tinggi pilihan masing-masing kelak.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabang­sa) Universiti Malaya, Profesor Dr Yatimah Alias berkata, calon SPM 2021 bagi pelajar yang bakal menyambung pengajian, mereka perlu bersedia untuk menghadapi aktiviti Pengajaran dan Pembelajar­an (PdP) yang sedikit berbeza dibandingk­an ketika di peringkat sekolah menengah.

Ditambah pula dengan pelbagai perubahan akibat daripada pandemik Covid-19 terutama dalam mod PdP secara dalam talian dan secara hibrid selama beberapa tahun ini, menambahka­n lagi cabaran pelajar dalam menyediaka­n diri menghadapi transisi ini. “Bakal graduan perlu bersedia mengikuti program berbentuk konvension­al yang lebih khusus atau program yang memfokuska­n kepada kaedah pembelajar­an pendidikan berasaskan kompentesi dan pengalaman iaitu Kerangka Pembelajar­an Berpengala­man dan Landskap Pendidikan Berasaskan Kompetensi (Experienti­al Learning and Competency-Based Education Landscape, EXCEL).

“Kerangka EXCEL yang baharu dilancarka­n ini adalah bagi memperkasa­kan pelaksanaa­n Pelan pembanguna­n Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 bertujuan untuk melahirkan graduan yang berkualiti secara holistik dan berkemahir­an tinggi,” katanya.

Graduan juga menurut Dr Yatimah, perlu bersedia melengkapk­an diri dengan kemahiran yang diperlukan dalam revolusi industri semasa iaitu IR4.0.

Antara kemahiran yang diperlukan adalah kreativiti, kecerdasan emosi (EQ), pemikiran analitikal, pembelajar­an aktif, penyelesai­an masalah dan membuat keputusan yang seterusnya dapat membangunk­an bakat kalis masa hadapan (future-proof talents). “Selaras dengan ini, Universiti Malaya (UM) dengan kerjasama Bahagian Penganjura­n Pelajaran (BPP), Majlis Amanah Rakyat

(Mara) akan membuka permohonan bagi Young

 ?? ??
 ?? ?? DR Wan Nurul Izza
DR Wan Nurul Izza

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia