Harian Metro

SENDI BAHU MEMBEKU

Kesakitan yang kuat secara berterusan tidak kira waktu rehat atau ketika bergerak

-

penghubung sendi bahu mengalami proses keradangan, penebalan dan ketegangan.

Keadaan itu boleh berlaku di kedua-dua bahu, tetapi lebih kepada bahu yang bukan dominan dan sering dialami golongan umur 40 hingga 60 tahun.

Namun apa yang menjadi perhatian, wanita juga dikatakan lebih berisiko dan cenderung mengalami sendi bahu membeku berbanding lelaki.

Pakar Bedah Ortopedik, Trauma, Sendi dan Sukan, Hospital Pakar KPJ Tawakkal Kuala Lumpur, Dr Sivalingam Raja Gopal berkata, kebanyakan kes berlaku secara tiba-tiba dengan tiada sebarang punca diketahui (idiopathic).

Bagaimanap­un, ada beberapa penyakit yang dikenal pasti ada kaitan dengan masalah itu seperti diabetes, penyakit tiroid, penyakit ‘autoimun’ dan angin ahmar.

Namun, masalah berkaitan saraf atau tulang belakang tidak boleh menyebabka­n sendi bahu membeku.

Kata Dr Sivalingam, ia juga boleh berlaku akibat terapi radiasi (untuk kanser payudara atau leher), angiogram dan kecederaan bahu seperti patah tulang serta koyak urat.

Menurutnya, pada peringkat awal iaitu

 ?? ??
 ?? ?? WANITA lebih berisiko mengalami sendi bahu membeku.
WANITA lebih berisiko mengalami sendi bahu membeku.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia