Harian Metro

England, Itali longlai

Pertemuan pertama kedua-dua pasukan sejak final Euro 2020

- SEMALAM

Reuters

Wolverhamp­ton

Kegagalan England untuk meraih kemenangan pada kempen Liga Negara-Negara berterusan sesekadar lepas mereka seri 0-0 di tempat sendiri bertemu paStadium sukan muda Itali di Molineux yang hampir kopertama song, semalam.

Pertemuan antara kedua-dua pasukan sejak final Euro 2020 di Wembley tahun lalu berlangsun­g dalam suasahanya na suram apabila 2,000 kanak-kanak dibenarkan haselepas dir ke stadium penondiben­arkan ton tidak menperlawa­nan yaksikan itu oleh Uefa.

Dengan Harry Kane bersimpana­n mula di bangku sebelum dimasukkan minit ke-65, England kurang ketaserang­an jaman di bahagian dan cubaan paling hampir mereka dapat menjaringk­an gol adalah menerusi remmasa batan separuh perMount tama Mason yang terkena palang gol. Raheem Sterling pula mensia-siakan beberapa peluang terbaik pada babak kedua sekali gus menyaksika­n England gagal memperoleh kemenangan.

Skuad kendalian Gareth Southgate kini berada di tangga terbawah Kumpulan A3 dengan dua mata daripada tiga perlawanan pembukaan mereka manakala Itali, yang gagal layak ke Piala Dunia, berada di puncak dengan lima mata.

England menerima kunjungan Hungary pada Rabu ini manakala Itali di bawah bimbingan Roberto Mancini akan bertandang ke Jerman.

Sementara itu, Jerman terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 menentang Hungary di Budapest semalam yang juga keputusan seri ketiga berturuttu­rut mereka pada perlawanan Kumpulan A3.

Hungary mengejutka­n Jerman selepas hanya enam minit menerusi rembatan Zsolt Nagy sebelum Jonas Hofmann menyamakan kedudukan tiga minit kemudian hasil percubaan solo yang baik. Keputusan itu melebarkan rekod tanpa kalah skuad bimbingan Hansi Flick kepada 12 perlawanan tetapi pada masa sama berdepan kekecewaan apabila masih gagal melakar kemenangan selepas tiga perlawanan di kempen Liga Negara-Negara.

“Kami mahu mendapatka­n tiga mata hari ini tetapi gagal. Kami harus mengambil pengajaran daripada perlawanan ini,” kata Flick.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia