Harian Metro

Hakim tolak tuntutan ke atas Ronaldo

-

Los Angeles: Seorang hakim daerah Amerika Syarikat (AS) menolak tuntutan saman rogol membabitka­n bintang bola sepak Cristiano Ronaldo.

Hakim Jennifer Dorsey menolak kes yang dibawa oleh Kathryn Mayorga, bekas model dan guru, yang mendakwa dia diserang oleh bintang bola sepak Portugal itu di sebuah bilik hotel dekat Las Vegas pada 2009.

Pemain Manchester United berusia 37 tahun itu sentiasa menafikan dakwaan itu dan menegaskan bahawa hubungan dengan Mayorga adalah berdasarka­n persetujua­n bersama.

Dalam keputusan setebal 42 muka surat, hakim berkata peguam Mayorga, Leslie Mark

Stovall berkelakua­n jahat dengan menggunaka­n dokumen bocor dan dicuri yang memperinci­kan perbincang­an antara Ronaldo dan peguamnya.

Kes jenayah dakwaan rogol terhadap penyerang Manchester United itu sudah digugurkan pada 2019, dengan peguam daerah mengatakan ‘tidak boleh dibuktikan tanpa keraguan munasabah’ bahawa berlakunya serangan seksual. Tetapi Mayorga mengambil tindakan sivil menuntut ganti rugi berjuta-juta.

Dia memfailkan aduan pada 2018 mendakwa diserang secara seksual oleh Ronaldo, yang menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu.

Ronaldo adalah salah seorang bintang terbesar bola sepak dunia dan pemenang lima kali anugerah

Ballon d’Or.

Dia memberitah­u televisyen Portugis pada 2019 bahawa dakwaan itu menyebabka­nnya melalui ‘tahun yang paling sukar’ sepanjang hidupnya. - AFP

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia