Harian Metro

Segera bangkit baiki kelemahan

-

Kuala Lumpur: Kekalahan di separuh akhir Masters Indonesia memberi pengajaran berguna buat beregu wanita negara Pearly TanM Thinaah dan mereka perlu segera bangkit memperbaik­i kelemahan menjelang Terbuka Indonesia, Selasa ini.

Biarpun pada satu ketika mempunyai peluang cerah untuk memenangi perlawanan di separuh akhir, kelmarin, mereka tewas tangan wakil tuan rumah yang juga pilihan ketujuh, Apriyani RahayuSiti Fadia Silva Ramadhanti 23-21, 14-21, 14-21 dalam aksi di Stadium Istora Senayan, Jakarta.

Thinaah berkata, dia akur akan kekalahan kepada pasangan tuan rumah dan itu memberi pengajaran berguna kepadanya dan Peraly untuk bangkit tidak mengulangi kesalahan sama.

“Sudah pasti kami kecewa dengan kekalahan ini. Tapi kami dapat belajar. Lawan bermain lebih baik dan kurang melakukan kesilapan serta aksi mereka lebih konsisten.

“Kami mahu kembali bangkit di Terbuka Indonesia nanti. Buat masa ini saya tak mahu fikirkan mengenai sasaran kerana yang penting adalah tingkatkan prestasi dan fokus satu demi satu perlawanan,” kata Thinaah.

Pencapaian mereka dianggap positif apabila dua kali berturut-turut berjaya menempatka­n diri ke kelompok empat terbaik selepas Terbuka Thailand bulan lalu dan muncul juara di Terbuka

Switzerlan­d tahun lalu.

Pada aksi Terbuka Indonesia nanti, beregu nombor satu negara itu mereka akan berdepan rakan pasukan Teo Mei Xing-Anna Cheong di pusingan pertama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia