Harian Metro

Tak patut guna penyodok

Penganjur tolak syor PSM tangguh perlawanan beri masa air mengalir keluar padang

- Oleh Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Siapa harus dipersalah­kan apabila padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bertukar menjadi bendang pada perlawanan skuad Harimau Malaya menentang Bahrain, malam kelmarin?

Ini kerana imej Malaysia sebagai tuan rumah boleh dikatakan tercalar apabila keadaan padang begitu teruk selain menggunaka­n penyodok sampah dan kertas kadbod untuk membuang air selepas hujan lebih dua jam sebelum perlawanan.

Situasi itu menyebabka­n banyak pihak menuding jari kepada Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) yang dilihat gagal menguruska­n keadaan padang dengan baik termasuk menyedia kemudahan secukupnya bagi menangani hujan lebat.

Berikutan itu, Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Mohd Faidz Sanusi menjelaska­n tindakan menggunaka­n penyodok sampah dan kertas kadbod untuk membuang air sepatutnya tidak dilakukan penganjur kerana boleh merosakkan padang.

Katanya, PSM mencadangk­an supaya perlawanan dilewatkan untuk tempoh sekurang-kurangnya setengah jam, namun penganjur tetap mahu meneruskan­nya seperti waktu ditetapkan, sekali gus menyebabka­n padang rosak.

“Seperti sedia maklum, padang SNBJ mempunyai sistem pengaliran air tersendiri iaitu air keluar mengikut saluran yang dibuat di bawah padang apabila hujan lebat.

“Kami nasihatkan kepada penganjur untuk tangguhkan perlawanan jam 9.30 untuk beri masa air di atas padang mengalir, namun mereka tetap meneruskan perlawanan dan menggunaka­n penyodok dan kadbod untuk membuang air.

“Natijahnya, padang jadi rosak sekali gus banyak kerja perlu dilakukan bagi memastikan venue itu berada pada keadaan terbaik pada perlawanan akan datang,” katanya.

Terdahulu, Arena Metro melaporkan petugas perlawanan menggunaka­n penyodok sampah dan kertas putih keras untuk membuang air bertakung di atas permukaan padang SNBJ.

Situasi itu sebenarnya memalukan ketika seharusnya jentera menolak air boleh digunakan seperti dipraktikk­an kebanyakan stadium di seluruh dunia.

Sementara itu, menurut sumber, sebelum ini terdapat cadangan hanya perlawanan membabitka­n Harimau Malaya diadakan di SN

BJ bagi memastikan kualiti padang terjamin dan tidak rosak.

“Namun, ada pihak tertentu berkeras mahu enam perlawanan diadakan di SNBJ dalam tempoh lebih kurang seminggu. Kita boleh lihat apa akibatnya apabila padang tidak boleh tahan seterusnya rosak.

“Sepatutnya, perlawanan lain (bukan membabitka­n Harimau Malaya) diadakan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sekali gus padang SNBJ dapat digunakan secara optimum,” katanya.

 ?? ?? PETUGAS perlawanan menggunaka­n penyodok sampah untuk membuang air bertakung di atas permukaan padang SNBJ.
PETUGAS perlawanan menggunaka­n penyodok sampah untuk membuang air bertakung di atas permukaan padang SNBJ.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia