Harian Metro

Ramai netizen kecam Farizal

-

Kuala Lumpur: Peluang Malaysia untuk beraksi di pentas Piala Asia 2023 dilihat semakin sukar selepas tewas 1-2 kepada Bahrain, sekali gus mengundang rasa tidak puas hati penyokong bola sepak tanah air.

Mereka bukan bengang dengan corak permainan ditampilka­n Harimau Malaya, namun kecewa dengan kesilapan individu yang menjadi punca utama gawang dibolosi dua kali.

Sudah tentunya, rata-rata penyokong menjadikan penjaga gol negara Farizal Marlias sebagai ‘objek’ untuk melepaskan kemarahan kerana kegagalan pasukan meraih sekurang-kurangnya satu mata sebagai bekalan selesa untuk melayakkan diri ke pentas Piala Asia.

Rata-rata netizen ‘membuat kerja’ dengan menyerang akaun Instagram milik penjaga gol berusia 36 tahun itu dan mahu dia diketepika­n pada perlawanan menentang Bangladesh, Selasa ini.

“Maaf cakap, game first pun gol mudah, lepas itu beri peluang game kedua pun gol mudah…Bukan saja kita mahu nak salahkan ko..tapi ada sebab di stage seperti ini tolonglah elak buat kesilapan mudah.. Terus jatuh moral rakan sepasukan yang bermain bermati-matian,” kata ijatsatar.

“Dekat situ ada pertahanan, bola jauh, kau keluar, masih ok lagi… bola golek jauh lawan pun tak dapat kejar tapi kena pergi tackle,” kata alwaysread­y.cum.

Namun, di sebalik kecaman itu, Farizal turut menerima sokongan dan kata-kata semangat daripada penyokong bola sepak tanah air yang mahu pemain itu tampil lebih meyakinkan dan mengurangk­an kesilapan bagi memastikan gawang negara tidak lagi bocor.

Farizal ini gagal menangkap kemas bola di udara dalam situasi yang dianggap tidak bahaya dan kemudian membentes pemain Bahrain, sekali gus menghadiah­kan sepakan penalti kepada lawan. sebelum

 ?? ?? FARIZAL
FARIZAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia