Harian Metro

GENG SAPU AIR

- Lapor Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kalau di darat mereka dipanggil tonto, tetapi di laut digelar ‘sapu air.’ Dengan upah lumayan antara RM500 dan RM1,000 bagi setiap maklumat, anggota sindiket ini memantau setiap pergerakan keluar masuk bot ronda Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) untuk menggagalk­an sebarang operasi pembantera­san,

“Mereka ini berada di laluan yang akan dilalui kumpulan sindiket Zubil

Kuala Lumpur: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) mempunyai strategi tersendiri bagi menangani isu ‘pengintip upahan’ atau ‘geng sapu air’ yang sering membocorka­n rahsia operasi.

Ketua Pengarah APMM Datuk Zubil Md Som berkata, walaupun kumpulan itu sukar dikaitkan atau disabitkan melakukan jenayah, APMM mempunyai kaedah tersendiri untuk menangani isu ini.

“Memang diakui terdapat individu yang menyalurka­n maklumat kepada sindiket penyeludup­an manusia serta nelayan asing yang menceroboh masuk perairan negara.

“Apa yang kita dapat kesan setakat ini adalah mereka ini membabitka­n warga tempatan. Ada juga antaranya dipercayai nelayan tempatan,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, geng sapu air itu juga dikesan akan berada di kawasan yang akan dilalui kumpulan penyeludup atau nelayan asing.

“Kita dapati mereka ini berada di laluan yang akan dilalui kumpulan sindiket dan menyamar sebagai pemancing.

“Seperti contoh, ketika mereka ingin masuk ke perairan negara, beberapa ahli sapu air akan berada di laluan masing-masing untuk menyalurka­n maklumat keberadaan pihak berkuasa,” katanya.

Katanya, taktik lain yang digunakan mereka adalah dengan mengira aset milik APMM yang berada di pangkalan.

“Sebagai contoh di

Batu Pahat, Johor, jeti awam terletak berhadapan dengan pangkalan APMM, mereka ini tahu berapa unit aset atau bilangan bot dimiliki APMM.

“Sekiranya bot atau aset tidak mencukupi di pangkalan APMM, mereka akan segera melaporkan­nya kepada sindiket sebagai amaran,” katanya.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia