Harian Metro

KJ terima sumbangan RM200,000

Bekas pengarah UKSB dakwa pemberian disalurkan melalui Umno Bahagian Rembau

-

Bekas pengarah Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) memberitah­u Mahkamah Tinggi, semalam bahawa bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin atau KJ ada menerima sumbangan daripada syarikatny­a namun pemberian itu tidak diberikan secara terus.

Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani, 42, berkata sumbangan yang diberikan UKSB kepada Khairy antara RM50,000 dan RM200,000 untuk bantuan politik, bencana serta aktiviti kemanusiaa­n.

Beliau berkata sumbangan itu tidak diberikan secara terus kepada Khairy, sebaliknya disalurkan melalui Umno Bahagian Rembau kerana ketika itu bekas Ketua Pemuda Umno itu, adalah timbalan ketua bahagian itu.

Sebelum ini, saksi pendakwaan ke-15, Harry Lee Vui Khun bekas pengarah UKSB memberitah­u mahkamah bahawa catatan ‘KJ’, dan bomoh antara perkataan yang tertera di dalam buku ‘faraid’ UKSB yang dikemukaka­n dalam perbicaraa­n kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Buku faraid UKSB yang juga dikenali sebagai Buku 555 di dalam perbicaraa­n kes Ahmad Zahid adalah lejar yang mencatatka­n bayaran yang dibuat oleh UKSB kepada beberapa individu antara 2014 dan 2018.

Ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Datuk Wan Shaharuddi­n Wan Ladin semasa pemeriksaa­n utama, mengenai cara beliau membantu Khairy, saksi itu menjawab, “Bantuan politik kepada KJ bukan sahaja di peringkat bahagian, ia juga peringkat nasional kerana ketika itu dia adalah ahli politik peringkat nasional.

“Sebagai contoh jika berlaku bencana dan sebagainya saya akan bantu, untuk program bantuan kemanusiaa­n, kalau ada Pilihan Raya Kecil (PRK) saya akan bantu juga,” katanya yang juga kenalan rapat kepada Khairy.

Saksi pendakwaan ke-16 itu juga berkata beliau memberikan bantuan kewangan kepada Khairy mengikut keadaan (keperluan), dan tidak memberikan­nya secara bulanan.

“Sumbangan untuk KJ, saya tidak bagi terus, saya urus sendiri. Maksudnya, kalau ada program yang perlukan bantuan saya akan bantu, saya boleh kawal dari segi kegunaan kewangan.

“Sudah pasti untuk KJ dia tiada kaitan dengan hal ini (kontrak Visa Luar Negara, VLN) dan tiada peruntukan besar untuknya. Tetapi, VLN berkait dengan Kementeria­n Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Zahid (Ahmad Zahid) adalah menteri yang bertanggun­gjawab masa itu, dan beliau juga adalah timbalan presiden Umno saya fikir tanggungja­wabnya lebih besar,” katanya.

Ahmad Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri, bagi melanjutka­n kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmat­an pusat sehenti (OSC) di China dan Sistem VLN serta mengekalka­n kontrak perjanjian untuk membekalka­n sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, beliau didakwa telah mendapatka­n untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, EURO15,000 dan AS$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.

Beliau didakwa melakukan kesemua perbuatan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018. Perbicaraa­n berlangsun­g di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa.

 ?? ?? AHMAD Zahid ketika hadir di Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.
AHMAD Zahid ketika hadir di Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia