Harian Metro

Eira Aziera diarah bayar RM130k angkara ‘body shaming’

-

Johor Bahru: Mahkamah Tinggi di sini, semalam memerintah­kan personalit­i media sosial, Noorazira Pissal atau lebih dikenali sebagai Eira Aziera membayar ganti rugi sebanyak RM100,000 dan kos guaman RM30,000 kepada Suharnizan Md Sidek yang menjadi mangsa body shaming (penghinaan bentuk fizikal) pada Ogos 2020.

Peguam Suharnizan, Mohd Rasheed Hassan berkata, Pesuruhjay­a Kehakiman Datuk

Seri Shamsulbah­ri Ibrahim menetapkan keputusan berkenaan dalam saman Suharnizan terhadap Eira Aziera secara dalam talian pada 30 Mei lalu.

Katanya, keputusan terbabit dibuat selepas perbicaraa­n penuh dijalankan selama lima hari dari 24 hingga 28 Oktober 2021 secara dalam talian selepas mengambil kira semua keterangan saksi dan selepas membaca hujahan kedua-dua pihak.

“Mahkamah juga memerintah­kan Noorazira untuk menyiarkan permohonan maaf yang jelas tanpa syarat dalam semua akaun media sosial miliknya dan hendaklah dikekalkan selama enam bulan dari tarikh penyiaran.

“Mahkamah memutuskan bahawa Suharnizan menerusi peguamnya berjaya membuktika­n tuntutanny­a dan selepas kesemua elemen yang berkaitan dipenuhi,” katanya.

Pada 13 Oktober 2020, Suharnizan memfailkan saman RM2 juta terhadap Eira Aziera, 39, di Mahkamah Tinggi Johor Bahru yang didakwa menghina bentuk fizikalnya atau body shaming.

Sebelum ini, media melaporkan pada 18 Ogos 2020 kira-kira jam 10 pagi, Suharnizan menulis komen ‘live masak, live makan-makan, letak produk kurus, boleh kurus ke?’ menerusi video secara live sebelum dikongsika­n rakannya dalam Facebook (FB) Eira Aziera.

Eira Aziera membuat satu rakaman video dan mengeluark­an pelbagai kata-kata kesat kepada Suharnizan dan menyatakan bentuk tubuh individu berkenaan menyamai dengan haiwan termasuk memaparkan gambar dia dan anaknya sebelum video berkenaan tular.

Suharnizan kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan pada 15 September 2020 sebelum memfailkan tuntutan saman.

 ?? ?? EIRA Aziera
EIRA Aziera

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia