Harian Metro

Laporan penuh pada Ogos depan

-

Putrajaya: Laporan penuh pasukan petugas khas yang menjalanka­n siasatan dan kajian terhadap kes kematian anggota bomba Allahyarha­m Muhammad Adib Mohd Kassim akan diketahui Ogos hadapan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kerajaan juga akan menerima laporan berkenaan isu dan tindakan perundanga­n kes Pedra Branca atau Pulau Batu Puteh serta siasatan dakwaan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dalam bukunya, sekitar tempoh sama.

“Kita sudah bagi enam bulan sejak mereka dilantik pada penghujung Disember lalu bagi mengkaji tiga kes terbabit. Jawatankua­sa khas ada laporkan kepada jemaah menteri selepas tiga bulan melaksanak­an kajian.

“Jawatankua­sa minta untuk sambung lagi bagi pihak mereka memperhalu­si serta meneliti dengan terperinci sebaiknya laporan terbabit,” katanya menerusi sidang media di Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi menegaskan, tempoh lanjut diperlukan bagi kerja penterjema­han berikutan ada laporan yang ditulis dalam bahasa Inggeris.

“Tempoh sebulan diperlukan untuk terjemahan dan kita akan bekerjasam­a dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang mempunyai kepakaran menterjema­h dalam pelbagai bidang demi memastikan tiada kesalahan yang berlaku sekiranya terjemahan selesai dilaksanak­an,” katanya.

Selain itu beliau berkata, laporan memerlukan sedikit masa berikutan pihak jawatankua­sa siasatan juga berhadapan masalah saksi dan perolehan dokumen.

Sebelum ini Wan Junaidi memaklumka­n laporan akhir siasatan kes kematian Muhammad Adib akan dibentang kepada Kabinet pada bulan ini.

Adib, cedera ketika rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018 dan meninggal dunia pada 17 Disember 2018, selepas berjuang untuk hidup selama 21 hari.

Bagi semakan semula undang-undang berkenaan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, pasukan petugas khas dipengerus­ikan bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali sudah mengemuka dan membentang­kan laporan interim mereka pada penghujung April lalu.

 ?? ?? MUHAMMAD Adib
MUHAMMAD Adib

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia