Harian Metro

Tragedi hari lahir

Tiga maut kereta dinaiki bertembung dengan lori tangki

- Oleh Noor Hidayah Tanzizi am@hmetro.com.my

Tiga lelaki maut dan dua lagi parah selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori tangki di Kilometer 7 Jalan Maharajale­la-Teluk Intan di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.40 malam itu, ketiga-tiga mangsa yang maut adalah penumpang kereta berkenaan.

Mangsa, S Srinivasa Rao, 19, meninggal dunia di tempat kejadian manakala M Phooveandr­a, 26, dan K C Thinakaran, 19, menghembus­kan nafas terakhir ketika mendapatka­n rawatan di Hospital Teluk Intan (HTI).

Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, lima lelaki terbabit adalah rakan dan mereka dalam perjalanan dari arah Hutan Melintang menuju ke Teluk Intan.

“Siasatan awal mendapati kereta dinaiki lima lelaki berkenaan terbabas dan masuk ke laluan bertentang­an menyebabka­n lori tangki dipandu seorang lelaki berusia 48 tidak sempat mengelak lalu terlanggar kereta mangsa. “Kemalangan menyebabka­n dua penumpang kereta berusia 19 tahun dan seorang 26 tahun meninggal dunia manakala pemandu kereta berusia 26 tahun dan seorang lagi penumpang kereta berusia 19 tahun parah,” katanya dalam ketika dihubungi.

Menurutnya, kesemua mangsa beralamat di Hutan Melintang dan Teluk Intan dipercayai dalam perjalanan untuk menyambut sambutan hari lahir Thinakaran yang juga adik saudara kepada pemandu kereta berkenaan.

Ahmad Adnan berkata, ketiga-tiga mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik HTI untuk proses bedah siasat selepas mendapat keputusan ujian saringan Covid-19.

Katanya, pemandu lori tidak cedera dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

“Penumpang kereta berusia 19 tahun dan 26 tahun meninggal dunia Ahmad Adnan

 ?? ?? KEMALANGAN membabitka­n sebuah kereta dan lori tangki yang meragut tiga nyawa dalam kejadian pada malam kelmarin.
KEMALANGAN membabitka­n sebuah kereta dan lori tangki yang meragut tiga nyawa dalam kejadian pada malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia