Harian Metro

Tukang masak maut selepas tongkat motosikal

-

Sungai Petani: Seorang lelaki ditemukan maut selepas berhenti dan menongkat motosikaln­ya di tepi jalan Taman Cengal Emas dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa yang berusia 55 tahun dan bekerja sebagai tukang masak pada mulanya dilihat memberhent­ikan motosikal di tepi jalan oleh seorang penghuni taman terbabit.

Dia kemudian dilihat terduduk selepas menongkat motosikal sebelum penghuni taman berkenaan keluar melihat keadaannya dan mendapati lelaki terbabit sudah tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Kuala

Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, penduduk terbabit kemudian menghubung­i ambulans dan pegawai perubatan yang melakukan pemeriksaa­n mendapati lelaki itu sudah meninggal dunia.

“Pemeriksaa­n lanjut mendapati lelaki berkenaan tidak mempunyai sebarang rekod atau sejarah penyakit yang menyebabka­n dia meninggal dunia secara tiba-tiba.

“Hasil siasatan lanjut, abangnya memberitah­u yang adiknya itu sudah bercerai beberapa tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan. Menurutnya, abangnya juga memberitah­u yang si mati tinggal menyewa di merata tempat seorang diri serta menyara hidup dengan bekerja sebagai tukang masak dan kali terakhir mereka bertemu ketika sambutan Tahun Baru Cina lalu.

“Setakat ini, kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut kerana tiada sebarang unsur jenayah ditemui di lokasi kejadian, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

“Lokasi terbabit turut disanitasi dan mayat dihantar ke unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya.

Tiada sebarang unsur jenayah ditemui di lokasi kejadian

 ?? ?? KERJA sanitasi dilakukan di lokasi penemuan mayat seorang lelaki di tepi jalan Taman Cengal Emas, semalam.
KERJA sanitasi dilakukan di lokasi penemuan mayat seorang lelaki di tepi jalan Taman Cengal Emas, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia