Harian Metro

2 wanita sesat 4 jam ditemukan selamat

-

Kota Kinabalu: Dua wanita ditemukan selamat selepas tersesat hampir empat jam ketika menuruni Bukit Helang di Kampung Kebagu, Manggatal di sini, malam kelmarin.

Mereka berusia 26 dan 27 tahun itu ditemui pasukan penyelamat pada jam 8.33 malam selepas dikatakan mendaki bukit berkenaan kira-kira jam 4 petang sebelum tersesat ketika mahu turun ke bawah.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada salah seorang mangsa terbabit pada jam 6.15 petang yang gagal menjumpai jalan keluar.

“Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas bergegas ke lokasi bagi menjalanka­n operasi mencari dan menyelamat.

“Pencarian yang turut dibantu anggota polis dan penduduk kampung akhirnya menemui mangsa dalam keadaan selamat di kaki Bukit Helang,” katanya.

Katanya, anggota bomba mengiringi kedua-dua mangsa turun ke bawah bukit sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Mangsa ditemui dalam keadaan selamat di kaki Bukit Helang JBPM Sabah

 ?? ?? DUA wanita ditemukan selamat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
DUA wanita ditemukan selamat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia