Harian Metro

‘DAH LAMA SAYA CARI BUKU INI’

-

Bagi pekerja kedai buku terpakai dalam talian Books and Bobs, membuka kotak mengandung­i buku-buku terpakai ibarat menyelongk­ar peti harta karun yang kadangkala menemukan mereka dengan ‘khazanah’ yang mempunyai nilai tersendiri.

“Setiap kali ada kotak sampai, kita akan buka dan belek dengan teliti buku yang diterima kerana adakala buku terbabit mempunyai autograf penulis dan ada juga buku edisi pertama,” kata pemilik Books and Bobs Rachel Ang.

Sekalipun begitu, Ang berkata, setiap buku terpakai yang diterima, sama ada sumbangan mahupun yang dibeli daripada orang ramai, mempunyai nilai masing-masing.

“Buku yang berkeadaan terlalu lusuh sekalipun masih bernilai, iaitu kita hantar untuk dikitar semula,” kongsinya dengan Bernama baru-baru ini.

Bekas akauntan bertauliah dan ejen insurans itu memutuskan untuk menjadikan kegemaran membaca dan rasa cinta beliau terhadap buku sebagai sumber pendapatan­nya dengan menubuhkan Books and Bobs pada Julai 2016, bermodalka­n tidak sampai 100 buah buku.

“Saya sebenarnya menganggur selama beberapa tahun selepas meninggalk­an industri pemasaran. Malah, saya pernah menjalanka­n perniagaan dalam talian menjual barang perhiasan kostum selama kira-kira setahun.

“Namun kehidupan saya pada masa itu terlalu sibuk menyebabka­n saya mengalami kemurungan. Sepanjang tempoh itu saya mencari ketenangan menerusi buku sebelum saya beransur-ansur terlibat dalam penjualan buku melalui Facebook. Saya mu- lakan dengan mengiklank­an 50 buah buku daripada koleksi saya dan juga buku baharu kepada kawan-kawan dan ahli kelab buku. Saya kemudian perluas pasaran dengan menyertai kumpulan pencinta buku melalui Instagram,” ceritanya.

Tambahnya, pada tahun pertama, beliau melakukan aktiviti itu secara sambilan dan hanya terbabit sepenuh masa setahun kemudian apabila perniagaan­nya semakin berkembang.

Sebagai seorang yang sangat gemar membaca, Ang lazimnya mendapatka­n buku daripada kedai buku terpakai bagi menjimatka­n kos kerana harga buku baharu agak mahal.

“Ada masa saya terpaksa berjimat cermat untuk membeli buku kerana dana yang terhad. Disebabkan harga yang tinggi juga saya keberatan untuk membeli buku baharu serta karya penulis yang tidak dikenali. Justeru, penyelesai­an terbaik adalah membeli buku terpakai,” jelasnya.

Ang juga berpandang­an dengan menjual buku terpakai, beliau sebenarnya berkongsi nilai sentimenta­l sesebuah buku itu untuk dihargai oleh pembaca atau pemilik seterusnya.

“Atas sebab itu jugalah 90 peratus buku dalam stok kami adalah buku terpakai,” jelasnya lagi, menambah mereka turut menjual buku baharu bagi memberi pilihan kepada pengguna.

Mengenai nama premisnya yang agak unik, Ang berkata nama Books and Bobs itu dicadangka­n oleh suaminya yang mengambil inspirasi drama teater British bertajuk Bits and Bobs.

Menurutnya, bits and bobs adalah slanga dalam bahasa Inggeris yang bermaksud ‘pelbagai jenis objek kecil.’

“Sekarang kami ada kira-kira 15,000 naskhah buku dalam stok,” katanya.

Mengenai harga pula, beliau berkata, penetapan dibuat berdasarka­n gred buku iaitu ‘buku baharu’, ‘seakan baharu’, ‘sangat baik’ dan ‘boleh diterima.’

“Sekarang kami ada kira-kira 15,000 naskhah buku dalam stok Rachel

 ?? ?? RACHEL anggap setiap buku terpakai yang diterima sama ada disumbangk­an atau dibeli daripada orang ramai mempunyai nilai tersendiri.
RACHEL anggap setiap buku terpakai yang diterima sama ada disumbangk­an atau dibeli daripada orang ramai mempunyai nilai tersendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia