Harian Metro

Hospital USM perlu 12,000 beg darah setahun

-

Kota Bharu: Unit Perubatan Transfusi Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) memerlukan sekitar 12,000 beg darah setiap tahun bagi menampung keperluan pesakit yang memerlukan.

Pegawai Perubatan Unit Perubatan Transfusi Hospital USM, Dr Mohd Amran Ab Wahab berkata, setiap bulan purata darah yang diperlukan adalah sebanyak 800 beg dan pada masa sama turut diberikan kepada hospital lain yang memerlukan bekalan darah.

Katanya, setakat ini jumlah darah di unit berkenaan masih mencukupi, namun bekalan perlu dipastikan sentiasa ada memandangk­an keperluan darah sentiasa diperlukan setiap minggu dan bulan bergantung kepada jumlah kes kecemasan yang diterima.

“Kita perlu sentiasa memastikan bekalan darah ada untuk membantu pesakit yang memerlukan termasuk pesakit kecemasan yang mengalami pendarahan luar jangka seperti kes kemalangan atau komplikasi semasa bersalin, bayi pramatang, thalasemia, kanser, kegagalan buah pinggang dan mereka yang perlu menjalani pembedahan kritikal serta kompleks.

“Ketika negara berhadapan dengan penularan Covid-19, stok bekalan darah mengalami kemerosota­n sehingga 50 peratus disebabkan kekangan untuk menganjurk­an program selain perasaan takut dalam kalangan masyarakat untuk keluar menderma darah ketika pandemik melanda.

“Bagaimanap­un, stok bekalan darah kini sudah stabil apabila banyak kempen derma darah mendapat sambutan menggalakk­an daripada masyarakat selain kesedaran awam mengenai kepentinga­n menderma darah untuk menyelamat­kan nyawa insan yang memerlukan,” katanya ketika Program Derma Darah di sini, semalam.

Dr Mohd Amran berkata, bekalan darah paling rendah dalam simpanan Unit Perubatan Transfusi Hospital USM adalah jenis O.

“Justeru, bekalan darah O perlu lebih banyak disebabkan kebanyakan pesakit dirawat di hospital mempunyai darah jenis O selain darah berkenaan juga boleh didermakan kepada mana-mana individu,” katanya.

 ?? ?? DR Mohd Amran
DR Mohd Amran

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia