Harian Metro

Ibadah korban dibenarkan di Johor

-

Johor Bahru: Kerajaan negeri membenarka­n aktiviti ibadah korban sempena Aidiladha tahun ini dilaksanak­an di masjid dan surau terpilih.

Pengerusi Jawatankua­sa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid berkata, selain itu aktiviti penyembeli­han juga boleh dilaksanak­an di 153 rumah penyembeli­han yang berdaftar dengan Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV) di seluruh negeri itu.

Menurutnya, sebanyak 64 masjid dan 68 surau seluruh Johor mendapat permit dan digazetkan sebagai pusat aktiviti penyembeli­han yang lengkap pada sambutan ibadah korban kali ini.

“Namun, bagi masjid dan surau yang tiada permit penyembeli­han serta mahu membuat penyembeli­han, mereka boleh memohon dahulu dengan Pejabat Kadi dan dirujuk dengan Pejabat Veterinar.

“Pihak JPV akan turun padang dan melihat kesesuaian kawasan tersebut sebelum memberi kebenaran penyembeli­han diluluskan atau sebaliknya.

“Mengikut peraturan yang disediakan, sekiranya masjid dan surau tiada permit dan kebenaran, maka hanya dibenarkan untuk aktiviti melapah, membungkus dan edaran sahaja,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia