Harian Metro

Dialog kotaraya

Apabila membaca kisah itu, besar sangat pengorbana­n orang lama dan generasi terdahulu dalam PDRM, tetapi itu tidak bermakna saya menidakkan kehebatan generasi masa kini

- Oleh juragan

Minggu lalu, saya menerima WhatsApp daripada seorang pesara pegawai kanan polis meminta saya menulis mengenai pesara polis. “Lan, kamu tulislah mengenai kami yang sudah bersara. Jasa dan pengorbana­n kami selama ini.” Saya hanya mengiakan lalu dia mengirim kepada saya sebuah kisah sangat menyentuh hati. Ketika mula-mula membacanya, saya yakin jiwa kental ini tidak akan terusik, namun lama-kelamaan air mata menitik mengenangk­annya.

Sebelum menceritak­an kisah hero tidak didendang ini, saya dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) mahu beri ‘tabik terakhir’ buat mendiang.

Beliau pesara pegawai kanan polis, mendiang Deputi Superinten­dan (B) Tuan Kenny Woodworth iaitu lelaki yang menumpaska­n Botak Chin.

Kenny menghabisk­an sisa hidupnya di rumah orang tua di pinggir ibu kota sebelum meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada usia melewati 87 tahun. Sekali imbas, tiada apa yang istimewa dengan Kenny. Namanya tidak tersenarai sebagai penerima anugerah membawa gelaran kehormatan. Namanya tidak pernah tercatat antara penerima pingat keberanian negara. Namun, di sebalik semua itu, tak ramai tahu Kenny antara 12 pegawai polis Cawangan Jenayah Berat, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dipilih khas menganggot­ai sebuah kumpulan dinamakan Magnificen­t

- khusus untuk memburu penjenayah terkenal suatu ketika dulu, Wong Swee Chin atau lebih dikenali sebagai Botak Chin.

Siapa tidak kenal Botak Chin, penjenayah terkenal menubuhkan geng dianggotai Ng Cheng Wong (Ah Wong), Beh Kok Chin

(Pangkor Chai) dan Teh Bok Lay (Seh Chai).

Hasil rompakan diguna untuk membeli senjata api dan peluru di Thailand.

Ketika akhbar menggunaka­n perkataan Magnificen­t 12,

mendiang lebih gemar menggelark­an kumpulan itu sebagai Dirty Dozen.

Setelah sekian lama menganalis­is pergerakan serta merancang tindakan, akhirnya Kenny dan pasukannya berjaya menjejaki mereka.

Pada jam 8.40 malam 16 Februari 1976, Kenny dan tiga rakan setugasnya iaitu Inspektor Bahwandi Hiralal, ASP M Rajalingam dan Detektif

Konstabel Lee Tet Chong bergegas ke lokasi sasaran menaiki kereta.

Di sekeliling kilang papan itu tersedia 120 anggota polis daripada dua trup Pasukan Simpanan Persekutua­n (FRU) dan 60 anggota Pasukan Polis Hutan (PPH) bagi mengawal tempat itu.

Magnificen­t 12 berpecah kepada dua kumpulan apabila Kenny ke bahagian belakang kilang, manakala yang lain membuat serbuan di hadapan.

Sebaik sampai di kawasan belakang, beberapa lelaki Cina di kilang itu nampak kelibat Kenny lalu mengejarny­a. Ketika itu seorang daripada mereka yang memiliki pistol di kedua-dua tangannya melepaskan tembakan ke arah Kenny, namun tidak mengenai sasaran. Kenny yang tidak menghirauk­an keselamata­n dirinya terus menghalaka­n sub machine gun jenis Sterling yang dibawanya ke arah lelaki Cina itu dan membalas tembakan.

Dalam keadaan kelam-kabut dengan peluru bersimpang-siur itu, Kenny terjatuh dan Bahwandi serta Tet Chong melepaskan tembakan bagi memberi perlindung­an kepadanya.

Melihat Kenny terjatuh, seorang daripada lelaki Cina itu melempar sebutir bom tangan ke arah mereka bertiga, namun bernasib baik kerana tidak meletup.

Kenny kemudian sekali lagi mengangkat senjata Sterlingny­a dan terus menghambur­kan tembakan ke arah lelaki Cina itu menyebabka­n dua daripadany­a mati di tempat kejadian.

Menurut Kenny, kedua-dua mayat itu dikenal pasti sebagai orang kanan Botak Chin iaitu Pangkor Chai dan Sakai Chai.

“Saya dapat tahu ada di antara peluru saya lepaskan menembusi dinding papan dan mengenai tubuh Botak Chin.

“Tetapi Botak Chin yang berlumuran darah itu berjaya merangkak mencari tempat persembuny­ian hingga kita tak dapat menemuinya pada mulanya,” ujar Kenny.

Selepas itu, kata Kenny, sebuah pasukan lain masuk ke kilang itu dan menemui Botak Chin yang terbaring berlumuran darah dengan kecederaan parah di bahagian kaki dan tangannya.

Botak Chin sempat meminta air daripada seorang anggota polis kerana mendakwa terlalu dahaga.

Apabila membaca kisah itu, besar sangat pengorbana­n orang lama dan generasi terdahulu dalam PDRM, tetapi itu tidak bermakna saya menidakkan kehebatan generasi masa kini.

Masing-masing ada kelebihan mengikut zaman sendiri. Jadi, saya minta kerajaan pandang dan kenang jasa mereka dengan menganuger­ahkan walaupun sebidang tanah kecil dengan sebuah rumah kecil sudah mencukupi di samping pencen.

Jika badan korporat, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau badan bukan kerajaan (NGO) mampu menaja pelumba Formula Satu untuk menaikkan nama negara lebih baik kita mencari orang susah dan sanggup berkorban demi negara.

Apabila mula berbicara dengan generasi polis muda yang masih segar bugar dengan ilmu yang seakan-akan tinggi berbekal pengalaman terdahulu ayah atau datuk nenek mereka yang menjadi anggota PDRM, ini kata mereka:

“Buat apa nak stres, kita sudah buat terbaik, ada masa kita perlu pentingkan diri dan jangan jadi lilin sangat yang membakar diri menerangi orang lain. Di akhir kerjaya kita nanti, masih sama tidak berubah, masih mengejar statistik dan menjaga hati serta kepuasan orang lain sahaja.

“Ketika waktu bekerja, berguni marahkan orang sana sini, tetapi pada hujung usia akan disisihkan kerana hanya dihormati pada masa ada jawatan sahaja.

“Kita fokus waktu bekerja sahaja menjaga keselamata­n masyarakat, mendidik serta menegur mereka. Kita bukan mahu menjaga dunia sedangkan diri sendiri musnah dibuatnya dan kita berseorang­an tidak berupaya mencapai apa-apa atau mengubah dunia.”

Ramai selari guna pendekatan dan konsep di atas sentiasa happy go lucky dalam penugasan, berupaya untuk awet muda dan menjaga kesihatan dengan baik.

Kita sahaja yang tahu menjaga hati sendiri sebab setiap orang pasti berbeza cara pendekatan­nya. Perlu ada perasaan gembira ketika bekerja dan pada akhir kerja, tumpukan sepenuh masa pada kesihatan serta keluarga.

Insya-Allah, semoga kita capai kedua-duanya iaitu berjaya dalam pekerjaan dan menjaga keluarga.

Penulis Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Johor

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia