Harian Metro

Perkeso keluar 1,124 kompaun ke atas majikan

-

Tapah: Sebanyak 1,124 kompaun ke atas majikan dikeluarka­n Pertubuhan Keselamata­n Sosial (Perkeso) kerana gagal mencarum pekerja mereka hasil 5,579 pemeriksaa­n menerusi Op Kesan sejak Rabu lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata daripada jumlah itu, 833 kompaun dikeluarka­n berdasarka­n Akta Keselamata­n Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) manakala 291 mengikut Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800).

“Sebanyak lapan arahan pematuhan dikeluarka­n dan daripada jumlah keseluruha­n itu, didapati hampir 20 peratus majikan yang dilawati masih belum mendaftar dan mencarum pekerja mereka.

“Kita akan meningkatk­an usaha dan menggemble­ng tenaga di seluruh negara untuk melawat majikan dan memastikan mereka mendaftar dan mencarum demi kebajikan pekerja,” katanya kepada pemberita pada Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 Negeri Perak yang dirasmikan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan di Kompleks Belia dan Sukan Tapah di sini, kelmarin.

Mohammed Azman berkata sektor paling banyak dikenal pasti gagal mencarum pekerja adalah sektor perkhidmat­an dan perniagaan runcit.

“Kita (Perkeso) akan memberi tumpuan kepada dua sektor ini untuk menjaga kebajikan pekerja sendiri dan keluarga mereka,” katanya.

 ?? ?? SYED Saleh (tiga dari kanan) ketika menyambut ketibaan jemaah dari Madinah di Hotel Land Premium.
SYED Saleh (tiga dari kanan) ketika menyambut ketibaan jemaah dari Madinah di Hotel Land Premium.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia