Harian Metro

Tukang cat edar dadah dihukum gantung

-

Kota Bharu: Seorang tukang cat dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam terhadap pertuduhan mengedar dadah jenis methamphet­amine pada Januari 2018 lalu.

Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menjatuhka­n hukuman itu terhadap Sabri Hamzah, 49, selepas pihak pembelaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Wan Ahmad Farid dalam alasan penghakima­n berkata, tertuduh mempunyai pengetahua­n mengenai dadah dan lelaki itu sengaja pergi ke lorong di belakang rumahnya.

Katanya, tertuduh juga cemas ketika diserbu pihak polis dan cuba melarikan diri, malah alasan lelaki berkenaan mahu mengambil sarang burung di belakang rumah juga tidak munasabah.

“Di atas sabitan itu, tertuduh dihukum mati iaitu digantung hingga mati dan barang kes dilupuskan. Mahkamah terikat dengan undang-undang yang ada selagi hukuman tidak dipinda di Parlimen,” katanya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengedar dadah iaitu 186.43 gram methamphet­amine di kawasan semak belakang rumah tidak bernombor di Kampung Tasik Hulu, Gual Sitok, Rantau Panjang kira-kira jam 7 malam pada 31 Januari 2018.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntu­kkan hukuman mati. Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Khairul Anuar Wahab, manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Hasif Hassan.

Terdahulu, Muhammad Hasif berkata, kesalahan itu pertama kali dilakukan tertuduh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia