Harian Metro

Aafiyah tak cranky pun!

Siti Nurhaliza sebak ketika hantar anak perempuan ke prasekolah pada hari pertama

- Oleh Zaara Talita am@hmetro.com.my

Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin hampir menitiskan air mata ketika menghantar anak perempuann­ya, Siti Aafiyah Khalid ke prasekolah semalam.

Siti berkata, Aafiyah teruja dan bersemanga­t hendak bersiap ke sekolah. Malah, Aafiyah tidak menangis ketika dihantar ke prasekolah pada hari pertama.

“Alhamdulil­lah, hari ini adalah hari pertama Aafiyah masuk ke prasekolah. Malam semalam (kelmarin) Aafiyah tidur awal, bangun pagi ayah kejutkan dia, kata nak masuk sekolah dia tak ‘cranky’ pun.

“Malah, Aafiyah bersiap cantik dan sempat pose lagi depan ayah dan ibu dengan baju sekolah. Semangat betul dia hendak ke sekolah.

“Subhanalla­h, sampai sekolah depan pintu kelas, dia terus masuk tak tengok belakang dah. Sehinggaka­n ayah dan ibu yang panggil minta salam. Ibu nak menangis tapi tahan je,” kongsi Siti.

Siti berkongsi pengalaman pertamanya menghantar anak ke prasekolah menerusi hantaran di akaun Instagramn­ya.

Malah, beliau turut berterima kasih dan meluahkan penghargaa­n kepada tenaga pengajar yang membantu sesi pembelajar­an anaknya.

“Semoga Allah SWT pelihara anak ibu dan Aafiyah menjadi hamba Allah yang terang hati, diberikan kelancaran dapat menuntut ilmu agama, dunia dan akhirat.

“Dalam pada itu, semoga

Aafiyah menjadi hamba yang memberi manfaat kepada insan lain. Terima kasih juga kepada cikgu-cikgu kerana membantu Aafiyah,” katanya lagi.

Penyanyi Aku Bidadari Syurgamu ini dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad

Jiwa atau lebih mesra disapa Datuk K dikurniaka­n cahaya mata lelaki, Muhammad Afwa yang menjadi pelengkap hidup selepas kelahiran Aafiyah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia