Harian Metro

Puji kecantikan Fazura

-

‘ Saya dan Fattah antara hadiah kejutan kepada Tengku Permaisuri pada majlis itu”

Kuala Lumpur: “Masya-Allah, cantiknya kakak (Fazura).” Itu kebanyakan komen yang ditulis peminat dan warganet di Instagram pelakon Fazura selepas dia memuat naik beberapa hantaran gambar yang mengenakan persalinan sari ketika menghadiri majlis sambutan peribadi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Fazura, 39, atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddi­n berkata, kehadirann­ya bersama suami juga pelakon Fattah Amin ke majlis bertemakan Bollywood itu adalah antara hadiah kejutan kepada Tengku Permaisuri pada majlis itu.

“Saya dan Fattah berpeluang menghadiri majlis sambutan peribadi untuk DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin. Tema majlis adalah Bollywood, tema yang sangat meriah.

“Saya dan Fattah adalah antara hadiah kejutan kepada Tengku Permaisuri pada majlis itu. Misi kami membawa kek untuk memberikan kejutan manis kepada Tuanku Permaisuri. Itulah cadanganny­a, namun ketika membawa kek menuju ke hadapan baginda sambil diiringi nyanyian Happy Birthday dapat dirasakan yang sedang mengalami kejutan ialah kami berdua. Sungguh, dapat kami lihat Tuanku Permaisuri sangat berkenan dan sukacita dengan kehadiran kami. Tuanku Sultan kurniakan senyuman. Sungguh besar jiwa baginda Tuanku berdua,” katanya.

Menerusi hantaran sama, Fazura juga pelakon filem Manisnya Cinta Di Cappadocia menyifatka­n kesempatan itu kenangan manis tidak dapat dilupakan.

“Kami pulang dari majlis membawa pelbagai kenangan manis yang tidak akan dilupakan. Apa yang paling tersemat di hati kami ialah baginda Tuanku berdua is such a lovely and loving couple, warm and humble. Kami sangat kagum, sebagai contoh kepada kami,” katanya.

Fazura

 ?? ?? HARI pertama persekolah­an Aafiyah, semalam.
HARI pertama persekolah­an Aafiyah, semalam.
 ?? ?? FAZURA dan Fattah ketika menghadiri majlis sambutan peribadi Tengku Permaisuri Norashikin bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.
FAZURA dan Fattah ketika menghadiri majlis sambutan peribadi Tengku Permaisuri Norashikin bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia