Harian Metro

Sasar 100 koperasi keluarkan 30 juta ayam daging setahun

-

Kulai: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menyasarka­n 100 koperasi terbabit dalam industri ternakan ayam dengan pengeluara­n kira-kira 30 juta ayam daging setahun menjelang tahun depan.

Presiden Angkasa Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata, langkah itu diambil sejajar dengan permintaan pengguna yang meningkat, sekali gus menyahut hasrat kerajaan yang mahu koperasi bergiat aktif dalam mengusahak­an ternakan ayam.

Sehubungan itu, Abdul Fattah yang juga Presiden Asean Co-operative Organizati­on (ACO) berkata, Angkasa akan membantu ahlinya membina 100 reban dalam masa terdekat bagi memulakan segera penternaka­n ayam secara ladang kontrak berskala besar.

“Sebenarnya, sudah ada 19 koperasi yang mengusahak­an penternaka­n ayam secara kecil-kecilan dengan pengeluara­n kira-kira 5,000 ekor ayam daging sebulan namun dengan seruan kerajaan supaya koperasi menceburi bidang ternakan ayam, kita akan sahut dan lakukannya secara besar-besaran.

“Angkasa akan membantu 19 koperasi ini bagi memperkasa reban ternakan mereka ke kapasiti tinggi yang mampu mengeluark­an 50,000 ekor ayam daging sebulan.

“Kita juga akan menggerakk­an usaha membina 100 lagi reban yang akan diusahakan 100 koperasi sama ada di negeri ini atau negeri lain.

“Bagi koperasi yang mempunyai tanah, proses pembinaan reban akan segera dimulakan. Angkasa juga akan memohon kepada kerajaan Johor untuk memperuntu­kkan 25 plot tanah yang dikhaskan untuk mengusahak­an Bank Makanan negeri bagi diusahakan penternaka­n ayam daging berskala besar.

“Kita memerlukan antara 2.83 hingga 4.04 hektar tanah setiap plot bagi membina reban ayam berkapasit­i tinggi itu supaya penternaka­n ayam skala besar ini diusahakan koperasi dapat dimulakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menyaksika­n majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) antara Angkasa, Koperasi Negeri Johor dan Syarikat Mars Global Sdn Bhd semalam bagi membuka ruang kerjasama kepada koperasi untuk pembanguna­n perniagaan industri ayam halal.

Hadir sama Pengerusi Angkasa Johor Sazali Abd Hamid dan Penasihat Mars Global Sdn Bhd Khairul Rizam Othman.

Pada 23 Mei lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan mengesyork­an syarikat berkaitan kerajaan (GLC), agensi kerajaan, pertubuhan peladang, dan koperasi terbabit dalam penternaka­n ayam bagi mengurangk­an kebergantu­ngan kepada syarikat pengeluara­n ayam besar.

 ?? ?? ABDUL Fattah (kiri) bertukar dokumen memorandum bersama Ketua Pegawai Eksekutif Mars Global Sdn Bhd, Mohd Norulhizam Mohd Ramli.
ABDUL Fattah (kiri) bertukar dokumen memorandum bersama Ketua Pegawai Eksekutif Mars Global Sdn Bhd, Mohd Norulhizam Mohd Ramli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia