Harian Metro

BANK DUNIA UNJUR BERKEMBANG 5.5%

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@bh.com.my

Bank Dunia yakin ekonomi Malaysia berkembang 5.5 peratus tahun ini disokong pemulihan kukuh dari segi penggunaan, sekali gus berada dalam lingkungan unjuran rasmi kerajaan iaitu pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara 5.3 hingga 6.3 peratus.

Pengarah Negara Bank Dunia bagi Brunei, Malaysia, Filipina dan Thailand, Ndiame Diop berkata, penarikan sepenuhnya sekatan pergerakan dan pembukaan semula ekonomi dijangka meletakkan semula Malaysia pada landasan pemulihan lebih pantas.

Katanya, konsolidas­i fiskal untuk menyokong pemulihan inklusif di seluruh negara perlu kekal sebagai keutamaan, namun perlu dilaksanak­an secara beransur-ansur.

“Memandangk­an pemulihan menjadi lebih kukuh, dasar perlu memfokus semula dalam menangani kesan fiskal krisis Covid-19 melalui peningkata­n kutipan hasil dan kecekapan perbelanja­an yang lebih besar.

“Selain membina semula penampan fiskal, peluang pertumbuha­n baharu boleh direbut dalam dunia pascapande­mik.

“Sebagai contoh, Malaysia boleh meningkatk­an usaha untuk menangani beberapa kekangan utama yang dihadapi oleh pembanguna­n sektor perkhidmat­an dan menggiatka­n semula pelaburan swasta,” katanya dalam Laporan Bank Dunia, Catching Up: Inclusive Recovery & Growth for Lagging States yang dikeluarka­n, semalam.

Dalam sidang media selepas pelancaran laporan terkini, Ketua Ahli Ekonomi, Makroekono­mi, Perdaganga­n dan Pelaburan Bank Dunia, Dr Apurva Sanghi, berkata, KDNK Malaysia melepasi paras sebelum pandemik dari aspek output pada suku keempat 2021 sebelum terus berkembang pada suku pertama 2022 kepada 5.0 peratus.

Katanya, pertumbuha­n ekonomi Malaysia dijangka akan dipengaruh­i pelbagai risiko termasuk krisis Russia-Ukraine, dasar sifar Covid-19 China dan kenaikan kadar faedah oleh Amerika Syarikat (AS).

“Pertumbuha­n ekonomi Malaysia diunjurkan pada 5.5 peratus tahun ini, sebelum menyederha­na kepada 4.5 peratus pada 2023 dan 4.4 peratus pada 2024,” katanya.

 ?? ?? PENARIKAN sepenuhnya sekatan pergerakan dan pembukaan semula ekonomi dijangka meletakkan semula Malaysia pada landasan pemulihan lebih pantas.
PENARIKAN sepenuhnya sekatan pergerakan dan pembukaan semula ekonomi dijangka meletakkan semula Malaysia pada landasan pemulihan lebih pantas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia