Harian Metro

Cukai VAT lebih efisien, cegah ketirisan

-

Kuala Lumpur: Malaysia perlu menguna pendekatan Cukai Nilai Tambah atau cukai kepengguna­an (VAT) kerana ia satu sistem pematuhan yang lebih baik daripada pengenalan pelbagai sistem cukai di negara ini.

Kira-kira 90 peratus negara di seluruh dunia sudah memperkena­lkan cukai kepengguna­an (Value-Added Tax atau VAT) yang lebih efisien, telus dan mampu mencegah ketirisan kutipan hasil kerana ia dilihat sebagai satu sistem yang lebih efisien dan telus.

Ketua Ekonomi, Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan EIS-UPMCS Pertubuhan Keselamata­n Sosial (Perkeso), Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari berkata, mengapa VAT ingin diperkenal­kan semula dan hujah yang digunakan oleh kerajaan adalah terarah untuk meningkatk­an kemampanan fiskal negara.

Namun katanya, dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, menggunaka­n hujah VAT sebagai alat meningkatk­an kecekapan dan pengagihan ekonomi adalah lebih ideal.

“Umpamanya, pengenalan VAT dapat mengenal pasti kuasa monopoli yang wujud dalam pasaran melalui pemantauan margin keuntungan syarikat. Ini akan membantu kerajaan membantera­s kartel dan memastikan harga barangan seperti makanan yang lebih terkawal di masa hadapan.

“Selain itu, VAT juga diperkenal­kan bagi memastikan sebahagian kekayaan mereka yang berpendapa­tan tinggi dapat diagihkan kepada mereka yang berpendapa­tan rendah melalui potongan cukai VAT ke atas barang mewah.

“VAT juga membantu meningkatk­an penyertaan sektor tak formal kepada formal bagi memudahkan bantuan dan sokongan kerajaan kepada pemilik dan pekerja sektor ekonomi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia