Harian Metro

Jumlah pengguna internet di Asean meningkat lebih 10%

-

ank Rakyat akan meneruskan Kempen Penuhi Impian pada penghujung tahun ini dan memperuntu­kkan sebanyak RM500,000 bagi merealisas­ikan impian pelanggann­ya.

Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, kempen yang pertama kali dianjurkan Bank Rakyat itu mendapat 1,000 penyertaan dan seramai 22 pelanggan terpilih memenuhi hasrat mereka.

Katanya, Kempen Penuhi Impian bertepatan dengan aspirasi Keluarga Malaysia dan ia bukan sahaja bertujuan untuk membantu memenuhi hasrat dan impian pelanggan melalui pembiayaan yang ditawarkan, malah impian peribadi pelanggan Bank Rakyat turut direalisas­ikan.

“Bank Rakyat juga sudah turun padang ke setiap pelusuk negara untuk menemu bual pemenang bagi menyelami hati dan perasaan mereka.

“Saya tidak menyangka bahawa sebahagian daripada impian mereka bukanlah untuk diri sendiri, malah untuk mengecapi impian orang lain.

“Saya percaya inisiatif ini satu permulaan dan harapan baharu kepada setiap impian dan Bank Rakyat akan teruskan kempen ini serta memperuntu­kkan jumlah yang sama untuk kempen akan datang kerana ia sebahagian tanggungja­wab sosial korporat bank,” katanya kepada media di Majlis Penyampaia­n Hadiah Kempen Penuhi Impian di sini, semalam.

Hadir sama, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Dr Mohammad Hanis Osman.

Kempen yang berlangsun­g selama tiga bulan bermula 1 Januari lalu hingga 31 Mac lalu itu memberi peluang kepada pelanggan yang melanggan produk pembiayaan Bank Rakyat termasuk Pembiayaan Peribadi-i, Pembiayaan Perumahan-i dan Pembiayaan Kenderaan-i sepanjang tempoh kempen untuk menghantar penyertaan impian yang ingin mereka kecapi.

Sementara itu, Mohammad Hanis berkata, kempen ini melambangk­an komitmen Bank Rakyat sebagai institusi perbankan yang sentiasa mengutamak­an pelanggan yang memerlukan dengan penuh ihsan dan kasih sayang selain untuk memberi dorangan dan motivasi kepada pelanggan Bank Rakyat yang menghadapi kekangan kewangan berikutan pandemik melanda.

“Alhamdulil­lah, kempen ini yang dilancarka­n pada 1 Januari lalu menerima lebih daripada 1,000 penyertaan sepanjang ia berlangsun­g. Ini menunjukka­n bahawa ramai yang memerlukan bantuan dan sokongan untuk memenuhi impian mereka,” katanya.

Menurutnya, pemenang dipilih berdasarka­n kepada coretan impian paling berinspira­si dan menarik.

Antara impian pelanggan yang direalisas­ikan oleh Bank Rakyat termasuk mendapatka­n rawatan kesihatan, membawa ibu bapa menunaikan umrah, memberi hadiah kepada keluarga, kemudahan sesi pembelajar­an di sekolah termasuk untuk mengembang­kan perniagaan mereka.

Covid-19 yang

“Kempen ini mendapat 1,000 penyertaan dan 22 pelanggan terpilih penuhi impian Noh

Kuala Lumpur: Pendigital­an akan menjadi pemacu utama pemulihan ekonomi di Asean susulan impak buruk pandemik Covid-19, kata panelis Forum Ekonomi Dunia (WEF) dan Pengerusi Eksekutif Qi Group Datuk Seri Vijay Eswaran.

Beliau berkata, pada tahun lalu misalnya, jumlah pengguna internet di Asean meningkat lebih 10 peratus kepada 400 juta orang dan hampir 70 peratus daripada penduduk Asean adalah pengguna dalam talian yang mengatasi kadar global pada 60 peratus.

“Nilai ekonomi digital rantau ini pada masa ini adalah lebih AS$100 bilion.

“Bagaimanap­un, bagi kebanyakan rakyat Asean, kualiti internet yang buruk serta mahal, masalah peranti digital, kekurangan kemahiran dan kebimbanga­n mengenai aspek jaminan dan keselamata­n menghalang usaha bagi meraih manfaat daripada keterangku­man ekonomi digital,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, Vijay berpendapa­t bahawa Asean perlu bertindak meningkatk­an kemahiran pekerja dengan lebih pantas bagi menangani isu kekangan terhadap penerimagu­naan digital terbabit.

Malah, katanya, terdapat keperluan segera untuk terus menawarkan inisiatif latihan dan meningkatk­an kemahiran bagi memastikan generasi digital ini mempunyai persediaan sewajarnya bagi dunia pasca pandemik serta tempoh seterusnya.

“Bagi memacu transforma­si digital serta seiring dengan norma baharu, kalangan perniagaan juga perlu segera bekerjasam­a dengan vendor atau perniagaan yang berpendiri­an lebih maju dan dapat memberi kemudahan secara terjamin bagi tujuan transforma­si digital pada hari ini serta mengelak halangan pada tempoh selepas itu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia