Harian Metro

Jong Un sokong Putin serang Ukraine

-

Seoul: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un (gambar) pada Ahad menyatakan sokongan penuh kepada Presiden Rusia Vladimir Putin walaupun dikecam antarabang­sa atas penceroboh­an Moscow ke atas Ukraine, lapor agensi berita Yonhap, memetik media kerajaan Pyongyang.

Rakyat Rusia telah “mencapai kejayaan besar dalam mencapai tujuan adil untuk mempertaha­nkan maruah dan keselamata­n negara mereka... sambil mengharung­i pelbagai cabaran dan kesusahan,” Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) memetik Kim sebagai berkata dalam mesej kepada Putin sempena Hari Rusia.

“Rakyat Korea memberikan sokongan dan galakan penuh kepada mereka,” katanya.

Rujukan Kim yang jelas terhadap serangan terhadap Ukraine sebagai ‘alasan adil’ untuk mempertaha­nkan keselamata­n Rusia adalah petanda terbaru yang menggambar­kan hubungan dua hala erat berdekad lamanya antara kedua-dua negara.

Pyongyang baru-baru ini menegaskan hubungan rapatnya dengan Moscow walaupun mendapat kritikan daripada masyarakat antarabang­sa terhadap operasi ketenteraa­n Rusia yang sedang dijalankan di Ukraine.

Kim juga menyatakan keyakinan bahawa hubungan persahabat­an akan terus kukuh dalam semua bidang dan dalam “perjalanan untuk mempertaha­nkan keadilan antarabang­sa dan memastikan keselamata­n global.”

 ?? ??
 ?? ?? SEBAHAGIAN wanita Bali yang mengambil bahagian dalam perarakan sempena Festival Seni Bali ke-44 di Bali, Indonesia. - AFP
SEBAHAGIAN wanita Bali yang mengambil bahagian dalam perarakan sempena Festival Seni Bali ke-44 di Bali, Indonesia. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia