Harian Metro

Buntu nak sara 22 anak

Wanita mahu 105 anak bingung selepas suami ditahan terbabit cuci wang haram

-

Seorang ibu yang mempunyai 22 anak dan mengimpika­n untuk membina keluarga dengan 105 anak kini buntu untuk membesarka­n semua anaknya bersendiri­an.

Ini kerana suaminya, Galip Ozturk yang memiliki syarikat bas antara bandar Metro Turizm ditahan pihak berkuasa dan berdepan tuduhan berkaitan pengubahan wang haram, lapor Daily Star.

Kristina, bekas penari, mempunyai 22 anak biologi yang dilahirkan dengan kaedah ibu tumpang.

Galip melarikan diri dari Turki ke Georgia pada 2018 selepas mahkamah rayuan meluluskan hukuman penjara seumur hidup ke atasnya kerana mengarahka­n pembunuhan seorang lelaki bernama Kuvvet Koseoglu pada 1996.

Namun masa depan mereka kelihatan lebih tidak menentu sekarang selepas ahli perniagaan Turki itu ditangkap oleh pihak berkuasa Georgia pada 31 Mei di Batumi, bandar kedua terbesar di Georgia.

Saluran TV Mtavari menunjukka­n rakaman pasukan khas menyerbu sebuah hotel yang dimiliki Ozturk di hab perdaganga­n tepi laut yang bersempada­n dengan Turki.

Lelaki berusia 57 tahun itu ditahan atas tuduhan berkaitan pengubahan wang haram dan pemalsuan dokumen, kata jurucakap Kementeria­n Kewangan Nato Natroshvil­i dalam satu kenyataan akhbar.

Kristina, 24, kerap menyiarkan gambar pasangan itu dan anak-anak mereka di

Instagram dan menyiarkan betapa sukarnya dia berikutan penahanan suaminya.

Pasangan itu mendedahka­n bagaimana mereka membelanja­kan 138,000 Pound Sterling (kira-kira RM748,000) kepada ibu tumpang untuk mempunyai 20 bayi bersama dalam masa setahun.

Pasangan itu mengeluark­an 67,700 Pound Sterling (kira-kira RM367,132) setahun untuk 16 pengasuh yang menjaga bayi mereka 24 jam.

Kristina membelanja­kan 4,000 Pound Sterling (RM21,690) seminggu untuk barangan keperluan bayi termasuk 20 beg lampin dan 53 pek susu formula bayi.

Berasal dari Rusia, Kristina bertemu Galip pada lawatan pertamanya ke luar negara di Georgia.

Kristina dan suaminya mendedahka­n bagaimana mereka berdua bermimpi untuk mempunyai keluarga yang besar, tetapi ia mengubah hidup mereka dengan ketara.

“Saya tidak pasti sama ada kami akan menjadi keluarga terbesar di dunia, tetapi kami pasti merancang untuk menjadi keluarga paling bahagia di dunia,” katanya kepada Fabulous.

 ?? ?? KRISTINA dan Galip bersama sebahagian anak mereka.
KRISTINA dan Galip bersama sebahagian anak mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia