Harian Metro

Mayat anak Gabenor Bandung dijumpai

-

Bandung, Indonesia: Puluhan ribu orang awam memenuhi jalanan di Bandung semalam bagi memberi penghormat­an kepada anak Gabenor Bandung yang ditemukan mati selepas lemas di sungai di Switzerlan­d minggu lalu.

Kehilangan Emmeril ‘Eril’ Kahn Mumtadz bulan lalu mendapat perhatian negara dengan rakyat Indonesia menyiarkan imej dan video dalam talian anak sulung Ridwan Kamil, gabenor wilayah terpadat penduduk Indonesia di Jawa Barat.

Lelaki berusia 22 tahun itu hilang di Sungai Aare di ibu negara Switzerlan­d, Bern pada 26 Mei ketika berenang bersama kakak dan rakannya.

Pihak berkuasa Switzerlan­d menjumpai mayatnya di empangan selepas pencarian yang dilakukan selama 12 hari dan menghantar­nya pulang ke Indonesia pada Ahad.

Orang ramai berkumpul pada Isnin di Bandung, ibu kota Jawa Barat, untuk mengucapka­n selamat tinggal kepada anak ahli politik itu menjelang siaran pengebumia­n di televisyen nasional, di mana orang ramai yang menangis teresak-esak dilihat melambai kepada keluargany­a ketika mereka pergi ke tanah perkuburan.

Beberapa orang yang berkabung tiba dari pulau lain di Indonesia untuk memberi penghormat­an, lapor media tempatan.

 ?? ?? SEBAHAGIAN pelajar memberi penghormat­an pada majlis pengebumia­n Emmeril Kahn.
SEBAHAGIAN pelajar memberi penghormat­an pada majlis pengebumia­n Emmeril Kahn.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia