Harian Metro

Majikan kejam hukum pekerja lewat seminit

-

London: Kebanyakan kita lewat ke tempat kerja disebabkan kesesakan lalu lintas atau pelbagai sebab lain.

Kebiasaann­ya lewat sekali-sekala bukan masalah besar, terutama jika anda hanya tiba satu minit atau lebih selepas waktu syif biasa.

Bagaimanap­un, seorang majikan memandang serius kelewatan kecil itu, dan menghukum pekerja jika mereka lewat satu minit ke pejabat, lapor Daily Star.

Peraturan melampau itu dikongsi seorang bekas kakitangan, yang mengambil gambar poster yang menunjukka­n peraturan keras itu.

Bekas pekerja yang tidak dinamakan itu, mengecam tindakan itu sebagai ‘tempat paling teruk pernah saya kerja’, sambil menambah bahawa sudah tentu dia mendapat gaji minimum.

Papan tanda itu memberitah­u kakitangan ‘peraturan baharu pejabat’ di tempat kerja dan menyatakan, ‘untuk setiap minit anda lewat ke tempat kerja, anda akan dikehendak­i bekerja selama 10 minit selepas jam 6 petang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia