Harian Metro

‘SUARA’ SEBENAR SEARCH

Konsert Search Rockin' On Rooftop letak tanda aras untuk konsert rock tempatan

- Riadz Radzi riadz@mediaprima.com.my

Ketika artikel ini ditulis, sudah bertebaran ulasan, reviu, komen, pendapat dan perkongsia­n video di media sosial mengenai Konsert Search Rockin' On Rooftop di bumbung Kompleks Campbell, Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur yang berlangsun­g, Sabtu lalu.

Rata-ratanya menulis mengenai rasa teruja, kagum, seronok, 'respek' dan macam-macam lagi terhadap band dianggotai

Noordin (gitar), Kid

(gitar), Denden Gonjales (penyanyi), Yan (bass) dan Minn (dram) itu.

Dalam banyak-banyak aspek, pemilihan lagu pada malam itu adalah paling menarik untuk diperkatak­an.

Sebanyak 16 lagu pada malam itu, rata-ratanya tidak pernah, jarang-jarang atau sudah lama tidak dimainkan Search dalam konsert sebelum ini.

Contohnya Metropolit­an, Purnama, Bersalah Atau Tidak, Rock & Roll Pie, Emanuelle, Melayar

Bahtera (dinyanyika­n Ella pada malam itu), Mentari Merah Di Ufuk Timur, Teguh dan Neo Romantik.

Mungkin ada di antaranya pernah dimainkan waktu konsert mereka di lewat tahun 80-an atau awal 90-an, tapi seingat saya, sejak Konsert Reunion Search di Stadium Merdeka pada 2004, lagulagu ini memang tidak ada dalam mana-mana konsert Search. Kalau ada pun, mungkin dalam beberapa konsert tertentu.

Lagu lain pilihan mereka pada malam itu ialah

Bencana, Pasti,

Melastik Ke Bintang, Di Pintu Sepi, Diari Habil & Qabil dan Fantasia Bulan Madu.

Selain itu, Ella bersama Denden berduet menyanyika­n lagu Bayangan.

Bagi yang mengharapk­an lagu Isabella, Pawana, Isi Atau Kulit dan Pelesit Kota, maaf, itu bukan malam anda.

Ini kerana kebanyakan peminat Search malam itu sudah bosan dengan lagulagu terbabit yang selalu dimainkan dalam setiap konsert Search sebelum ini.

Yang hadir Sabtu lalu adalah peminat tulen Search. Peminat yang tahu dan hafal semua katalog lagu Search, bukan lagu yang ‘itu-itu’ saja tetapi melopong apabila Search membawa lagu Metropolit­an atau Bersalah Atau Tidak (sekadar contoh).

Saya pasti, Noordin dan Kid selaku

‘frontman’ Search kali ini menggunaka­n ‘kuasa’ mereka dalam pemilihan lagu. Semuanya adalah lagu yang mereka ingin mainkan sejak dulu selain ia juga menampilka­n ‘guitar works’, riff dan solo terbaik pemain gitar adik-beradik itu.

Semua lagu juga bernada tinggi dan sesuai dengan Denden yang memiliki kemampuan vokal sedemikian.

Konsert anjuran Search Rock Station ini juga membuktika­n Noordin dan Kid yang selama ini agak ‘low profile’ sebenarnya adalah nama besar dalam Search. Gabungan mereka menghasilk­an ‘sound’ sebenar muzik Search.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia