Harian Metro

KENANG SENIMAN NEGARA

- Oleh Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Menjadi legenda muzik yang cukup besar sumbangan dalam industri hiburan tempatan, Datuk Seri Ahmad Nawab adalah antara seniman yang terus dikenang dengan karya malar segarnya.

Justeru, Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya menerusi agensinya Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Istana Budaya (IB) bersama

Bin Jamal Event Sdn Bhd menganjurk­an Konsert Tribute Seniman Negara, Datuk Seri Ahmad Nawab pada bulan depan khas buatnya.

Sebagai pengelola konsert itu, penyanyi Datuk Jamal Abdillah sangat berbesar hati dan memuji semangat legenda berusia 90 tahun berkenaan untuk membuat penampilan di konsert terbabit.

“Kali terakhir saya menziarah beliau, keadaannya memang agak uzur. Konsert ini hampir tidak diteruskan kerana mengambil kira kesihatann­ya, takut dia tak mampu beraksi.

“Bagaimanap­un, beliau setuju dan bersemanga­t untuk buat penampilan khas. Mungkin palingpali­ng beliau akan bermain saksofon pada penghujung konsert itu nanti,” katanya.

Berlangsun­g tiga hari dari 1 hingga 3 Julai di Panggung Sari, IB, barisan artis yang akan membuat persembaha­n bukan calang-calang. Bahkan, Jamal sendiri akan beraksi menyanyika­n lagu-lagu ciptaan Ahmad Nawab.

Selain Jamal, turut membuat persembaha­n adalah Datuk Khatijah Ibrahim, Ramlah Ram, Wany Hasrita, Shidee, Alif Nasir dan ramai lagi.

Berkongsi mengenai pemilihan Wany Hasrita, Jamal berkata strategi itu bertujuan untuk menarik lebih ramai penonton generasi muda. Dia juga gembira apabila Ahmad Nawab setuju dengan keputusan itu.

“Harapan saya konsert itu nanti akan penuh untuk ketiga-tiga hari. Kami juga sudah menghantar surat jemputan untuk tetamu kehormat datang menonton nanti.

“Saya juga memutuskan untuk pilih Wany Hasrita menyanyi nanti. Ini kerana dia memiliki jumlah pengikut yang ramai dan pasti boleh menarik penonton muda untuk hadir.

“Saya sudah menjelaska­n perkara itu kepada Ahmad Nawab juga. Dia pun bersetuju dengan keputusan itu,” katanya.

Pada malam itu, persembaha­n mereka bakal diiringi orkestra Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Menurut Jamal, susunan lagunya kelak masih dikekalkan seperti asal dan tidak banyak digubah.

“Atas permintaan Ahmad Nawab, beliau mahukan susunan muzik kelak sebolehnya masih mengikut lagu asal. Cuma ia akan diperbesar dengan orkestra agar lebih gah,” katanya.

Ahmad Nawab tidak dinafikan sudah cukup besar sumbangann­ya dalam industri. Beliau pernah mencipta lagu untuk artis bernama besar termasuk Uji Rashid,

Hetty Koes Endang, Allahyarha­m Sudirman Haji Arshad, Ramlah Ram dan ramai lagi.

Hakikatnya, sudah lebih 2,000 lagu pernah dihasilkan sepanjang kariernya. Pada 2006, Kementeria­n Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) turut menganuger­ahkan beliau dengan gelaran Seniman Negara yang ke-7. Ia adalah penganuger­ahan tertinggi negara kepada seniman khususnya dalam bidang muzik.

Konsert yang yang memuatkan 1,250 tempat duduk itu menawarkan harga tiket masuk berharga RM100, RM158, RM248, RM358, dan RM458 mengikut zon pilihan masing-masing.

Kali terakhir saya menziarah beliau, keadaannya memang agak uzur. Konsert ini hampir tidak diteruskan kerana mengambil kira kesihatann­ya, takut dia tak mampu beraksi JAMAL ABDILLAH

 ?? FOTO AMIRUDIN SAHIB ?? BARISAN artis yang akan menjayakan Konsert Tribute Seniman Negara, Datuk Seri Ahmad Nawab pada bulan depan.
FOTO AMIRUDIN SAHIB BARISAN artis yang akan menjayakan Konsert Tribute Seniman Negara, Datuk Seri Ahmad Nawab pada bulan depan.
 ?? ?? JAMAL teruja menjayakan persembaha­n.
JAMAL teruja menjayakan persembaha­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia