Harian Metro

STABIL TANPA REVIU PRODUK KOMPROMI

MSI B660M Mortar WiFi sesuai untuk pengguna yang mementingk­an prestasi dalam sebarang keadaan

- Oleh Muhammad Saufi Hassan saufi@mediaprima.com.my

Keupayaan set desktop kelas prestasi sebenarnya bukan hanya untuk pengalaman permainan terbaik, tetapi ia juga digunakan untuk tugasan kompleks seperti suntingan video serta sintesis animasi tanpa sebarang masalah.

Penyedia kandungan atau ‘content creator’ sering berdepan masalah ‘lagging’, ‘crash’ dan sebagainya apabila melakukan sintesis tugasan kompleks kerana ia memerlukan perkakas terbaik di pasaran.

Untuk itu, pengeluar jenama perkakas kelas prestasi serta permainan terkemuka, MSI menerusi papan induknya, MSH B660M Mortar WiFi menawarkan semua ciri khusus untuk pengguna.

Padanan papan induk berkenaan menjadi lengkap jika pengguna melakukan padanan kepada modul memori (RAM) daripada Kingston Fury untuk prestasi terbaik khususnya bagi pengalaman permainan serta prestasi tanpa gangguan.

Menyentuh aspek spesifikas­i bagi papan induk, MSI B660M Mortar WiFi ini dilengkapi teknologi ‘Core Boost’ dengan rekaan premium sesuai dengan kelas prestasi tinggi.

Perkakas ini juga dilengkapi enam lapisan

PCB bersama ketebalan tembaga 2oz supaya memastikan kestabilan kepengguna­an walaupun dalam tempoh yang panjang tanpa kompromi.

MSI MAG B660M Mortar WiFi ini juga didatangka­n dengan komponen digital PWM bersama pelindung ‘steel armor’ untuk kad grafik pengguna, sekali gus mengelakka­n ia bengkok atau sebarang bentuk kerosakan lain.

Papan induk ini turut menyokong cip pemproses generasi baharu keluaran Intel iaitu Intel Core Generasi Ke-12 dan turut didatangka­n dengan dua slot memori atau storan binaan Lightning Gen 4

M.2 dengan kadar bacaan kelajuan 64Gb/s.

Ia juga menyokong WiFi generasi keenam, sekali gus memastikan kestabilan jaringan internet khususnya untuk pengguna yang mementingk­an prestasi dalam sebarang keadaan.

Bagi modul RAM pula, padanan dilakukan daripada Kingston Fury Beast dengan kuasa prestasi 32GB bagi dua modul dengan kadar frekuensi kelajuan 3600MHz.

Untuk pengguna yang mementingk­an keupayaan prestasi, Kingston Fury Beast adalah jawapannya kerana ia dioptimasi secara maksimum bagi pengguna cip pemproses Intel Core serta AMD Ryzen.

Jadi, tidak timbul isu kestabilan jika pengguna memilih Kingston Fury Beast ini tambahan pula jenama Kingston sudah dikenali sebagai pengeluar modul memori terkemuka.

Kit modul memori ini adalah sistem XMP tersedia dan pengguna hanya perlu menukar profil XMP mereka pada pemuka bios untuk membolehka­n Kingston Fury Beast ini dilancarka­n pada frekuensi maksimum.

Selain itu, pengguna juga boleh melakukan talaan prestasi sendiri secara ‘overclocke­d’ jika mempunyai kemahiran untuk melaksanak­an talaan berkenaan dan pada masa sama ia dilindungi dengan ‘lifetime warranty’.

Secara keseluruha­nnya, padanan papan induk MSI MAG B660M Mortar WiFi bersama Kingston Fury Beast 32GB ini adalah padanan paling sesuai untuk pengguna yang mahu memastikan kestabilan sistem serta keupayaan pada tahap maksimum.

Pengalaman permainan serta tugasan kompleks juga tidak memberi sebarang masalah kepada pengguna biarpun melakukan sintesis animasi yang rumit.

 ?? ??
 ?? ?? KOMPONEN kelas prestasi daripada papan induk MAG B660M Mortar menawarkan kestabilan kuasa biarpun ketika pengubahdu­aian talaan dilakukan.
KOMPONEN kelas prestasi daripada papan induk MAG B660M Mortar menawarkan kestabilan kuasa biarpun ketika pengubahdu­aian talaan dilakukan.
 ?? ?? PADANAN bersama modul memori (RAM) Kingston Fury Beast dengan kuasa kelajuan 3600Mhz memberi kelebihan khusus untuk tugasan kompleks.
PADANAN bersama modul memori (RAM) Kingston Fury Beast dengan kuasa kelajuan 3600Mhz memberi kelebihan khusus untuk tugasan kompleks.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia