Harian Metro

ANGIN PASANG BUKAN REMEH

Masalah hernia salah diagnosis boleh jejas masa depan terutama tahap kesuburan anak ketika usia meningkat dewasa

- Oleh Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

“Tiada lebih membimbang­kan jika ibu bapa menangguhk­an rawatan bagi masalah angin pasang atau hernia anak mereka kerana ia boleh menjejaska­n tahap kesuburan anak ketika usia meningkat dewasa.

“Pengalaman peribadi saya ketika mengendali­kan salah satu kes membabitka­n bayi berusia enam bulan, bayi berkenaan kehilangan kedua-dua ovari sertamerta kerana ibu bapanya lambat bertindak.

“Masalah hernia yang jarang berlaku, tetapi masih berlaku kepada bayi perempuan itu tidak dirujuk kepada pakar bedah kanak-kanak kerana tanggapan kuat mengenai penyakit angin pasang boleh hilang dengan sendirinya,” kata Pakar Bedah Kanakkanak Hospital Columbia

Asia Iskandar Puteri, Johor, Dr Ashok Krishnan mengenai betapa serius jika masalah hernia salah diagnosis.

Kesannya, bayi bukan sahaja kehilangan organ penting, dia juga berdepan masalah tidak dapat melahirkan zuriat apabila menginjak usia dewasa mahupun selepas mendirikan rumah tangga bersama pasangan.

Tampak masalah angin pasang ini remeh, tetapi salah diagnosis boleh menjejaska­n masa depan terutama kualiti hidup apabila kanak-kanak yang mengalami masalah ini tidak mendapat rawatan sewajarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia