Harian Metro

BENGKAK PADA ARI-ARI

Anak-anak ketika meneran atau menangis bonjolan timbul dan hilang apabila mereka diam Bagi angin pasang, ia bukan masalah kerap berlaku atau selalu berlaku pada kanak-kanak

-

DARI MUKA 33

Menurut Dr Ashok, tidak hanya orang ramai, kadangkala pengamal perubatan atau doktor biasa tidak terlepas memiliki kefahaman masalah angin pasang atau hernia itu boleh hilang itu dengan sendirinya.

Sedangkan angin pasang atau hernia tidak boleh hilang dengan sendirinya dan perlu dirujuk dengan pakar bedah kanakkanak bagi mendapatka­n diagnosis tepat mengenai keadaan pesakit.

“Bagi angin pasang, ia bukan masalah kerap berlaku atau selalu berlaku pada kanak-kanak. Ada kemungkina­n pengamal atau doktor biasa boleh terlepas pandang. Berbanding dengan pakar bedah kanak-kanak, setiap kes hernia dirujuk kepada kami untuk dirawat atau dibedah,” katanya.

Tambah pakar itu salah tanggapan itu juga berpunca dengan permasalah­an lain yang mirip dengan penyakit itu yang dipanggil angin pasang berair atau ‘hydrocele’ yang boleh pulih dengan sendiri apabila kanak-kanak lelaki menginjak usia dua tahun.

“Keadaan angin pasang yang berlaku pada kanakkanak adalah ‘indirect hernia’ yang mana dalam proses ketika peralihan usus atau selaputnya (omentum) terjatuh masuk dalam kantung dan terjulur keluar melalui pembukaan otot dinding perut ke bahagian ari-ari.

“Setiap kanak-kanak dan selalunya lelaki berpotensi menghadapi masalah ini kerana ketika janin terbentuk ketika usia kandungan masuk 35 minggu, testis yang mulanya terbentuk dalam perut akan turun ke dalam kantung zakar melalui selaput yang dipanggil ‘processus vaginalis’ (PV Sac)

“Bagi keadaan normal PV Sac ini akan tertutup dan mengecut secara semula jadi lalu menghalang testis daripada bergerak kembali ke dalam perut. Tetapi, tidak dalam kes kanakkanak yang mengalami masalah hernia,” katanya.

Tambah pakar itu apabila usus tidak boleh dialih keluar atau selaput itu tidak dapat kembali mengecut, biasanya keadaan itu akan menekan tisu sekeliling kawasan ari-ari atau menghalang pergerakan saluran darah menyebabka­n darah tidak dapat mengalir pada usus mahupun kantung telur.

“Kesannya bahagian usus itu atau kantung telur itu ‘akan mati’ kerana darah tidak mengalir dan tidak dapat bekalan oksigen. Pakar akan cuba menolak atau mengalihka­n usus yang terjatuh dalam selaput terbabit, tetapi jika ia tidak berkesan, pembedahan terpaksa dilakukan bagi memastikan organ penting seperti bahagian usus dan kantung telur tidak terjejas,” katanya.

Ia berbeza dengan ‘hydrocele’ yang mana merujuk kepada cecair dalam badan terkumpul dalam kantung zakar melalui PV Sac.

“Hydrocele adalah keadaan yang mana cecair dalam badan terkumpul dalam kantung zakar menerusi selaput di dinding usus berkenaan. Berbeza dengan hernia kerana cecair itu akan surut dengan sendiri sebelum bayi berusia dua tahun.

Jika ia tidak pulih baru pembedahan dilakukan bagi mengeluark­an cecair,” katanya.

Bagi membezakan antara angin pasang dan angin pasang berair, kata pakar bedah itu, terdapat ciri-ciri ketara yang boleh diteliti ibu bapa ketika anak berasa tidak selesa terutama keadaan bengkak yang berlaku pada bahagian ari-ari.

“Kalau angin pasang, ketika ibu bapa atau pengasuh teliti bengkak di kawasan ari biasanya akan ada tanda bengkak sebelah dan tidak konsisten setiap masa. Anak-anak ketika meneran atau menangis bonjolan itu akan timbul dan hilang apabila mereka diam.

“Lebih serius untuk bayi yang ada bonjolan dan tidak surut, bayi ini akan menangis kesakitan dan disusuli muntah. Jika ada reaksi sebegini segera ke hospital kerana sudah ada kemungkina­n tandatanda organ ‘mati.’ Perlu dapatkan rawatan dalam tempoh kurang enam jam bagi mengelak komplikasi lebih serius,” katanya.

Dalam kebanyakan kes hernia, pembedahan dilakukan bagi membuang anggota yang mati dan menutup selaput dinding usus bagi mengelak masalah itu berulang.

Risiko kes hernia adalah lima kali ganda pada anak lelaki berbanding kanakkanak perempuan kerana fisiologi terutama bahagian genital lelaki yang lebih memiliki hubungan atau fungsi rapat dengan bahagian sarung atau selaput terbabit. Selain itu, bayi pramatang juga lebih berisiko untuk menghadapi masalah terbabit.

Saranan Dr Ashok juga supaya ibu bapa lebih peka dan prihatin dengan perubahan anak terutama jika anak meragam dan meneran kesakitan.

“Elak bergantung kepada pendapat orang lain selain pakar perubatan kerana isu masalah kesihatan kanak-kanak cukup ‘rapuh.’ Ada petua mengatakan tuam dan menjunjung anak dengan posisi perut pada kepala dewasa boleh mengatasi masalah hernia. Ia kurang tepat sebaliknya boleh memburukka­n keadaan apabila lewat mendapat rawatan.

“Sebaliknya dapatkan kepastian dengan merujuk pakar bedah kanak-kanak kerana pengetahua­n golongan profesiona­l ini lebih mendalam hasil pengalaman mengendali­kan kes berkaitan,” katanya.

DR ASHOK

 ?? ?? HERNIA lebih kerap berlaku pada bayi atau kanak-kanak lelaki.
HERNIA lebih kerap berlaku pada bayi atau kanak-kanak lelaki.
 ?? ?? USUS akan mati apabila terjatuh dan tidak dapat dikeluarka­n dari PV Sac.
USUS akan mati apabila terjatuh dan tidak dapat dikeluarka­n dari PV Sac.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia