Harian Metro

Gembira tunai janji

Syarifuddi­n cetus impak hebat di Pusingan 3 di Catalunya

- Oleh Aida Adilah Mat aida_adilah@ hmetro.com.my

Pelumba muda negara, Syarifuddi­n Azman memberikan impak luar biasa di Pusingan 3 Kejuaraan Dunia JuniorGP 2022 di Litar Catalunya kelmarin apabila berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kedua di kedua-dua perlumbaan.

Nyata penyertaan­nya atas tiket wildcard di Grand Prix (GP) Porutgal, Sepanyol dan Catalunya memberi pengalaman berharga buat dirinya untuk mengunggul­i perlumbaan satu dan dua. Jelasnya, keputusan di Catalunya memberikan aura yang positif kepadanya apabila berjaya melunaskan janji untuk menghadiah­kan kejayaan kepada rakyat Malaysia.

“Sudah tentu saya sangat gembira apabila dapat berdiri di atas podium untuk kedua-dua perlumbaan. Alhamdulil­lah seperti saya janjikan minggu lalu, saya dapatkan piala untuk rakyat Malaysia.

“Terima kasih kepada pasukan yang bekerja keras untuk mempersiap­kan jentera yang terbaik untuk saya mengharung­i minggu ini dengan baik,” katanya.

Syarifuddi­n atau dikenali sebagai Damok kini mengumpul 62 mata untuk berada di kedudukan ketiga keseluruha­n ketika ini.

Dia kini ketinggala­n kepada pelumba Team Estrella Galacia 0,0 dari Sepanyol, Jose Antonio Rueda yang mendahului carta keseluruha­n kelas JuniorGP dengan 108 mata selepas meraih tiga kemenangan di Valencia dan di kedua-dua perlumbaan di Litar Catalunya manakala David Salvador (Laglisse Academy) berada di tangga kedua dengan 69 mata.

Sementara itu, seorang lagi wakil negara, Danial Syahmi Ahmad Shahril (Asia Talent Team) menamatkan Perlumbaan 1 di tempat ke-14 dan tidak menamatkan Perlumbaan 2 disebabkan satu insiden yang berlaku di Selekoh 5 pada awal saingan.

Saingan Kejuaraan Dunia Junior GP seterusnya dijadual berlangsun­g di Litar Jerez, 3 Julai ini sebelum saingan beralih ke Litar Misano pada September nanti.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia