Harian Metro

Zii Jia tekad kembali bangkit

-

Kuala Lumpur: Tewas di suku akhir Masters Indonesia bukan ukuran kekuatan sebenar pemain perseorang­an profesiona­l negara, Lee Zii Jia.

Zii Jia yang akan turun beraksi di Terbuka Indonesia bermula hari ini berkata, misinya untuk memburu kejuaraan di Indonesia tidak pernah padam.

Kekalahan kepada pemain tuan rumah Anthony Sinisuka Ginting ketika Masters Indonesia mahu ditebus kali ini di Terbuka Indonesia di venue yang sama, Istora Senayan Indonesia.

Zii Jia yang kini menghuni ranking kelima dunia akan membuka tirai kejohanan dengan bertemu lawan dari Thailand, Sitthikom Thammasin pada pusingan pertama.

Dia seterusnya akan bertemu dengan pemenang antara Parupalli Kashyap dan Sameer Verma di pusingan kedua.

Andai berjaya mara, menanti Zii Jia di suku akhir adalah juara dunia dari Singapura, Loh Kean Yew yang mana rekod pertemuan masih berpihak kepada

pemain negara, 3-2. Kali terakhir kedua-dua pemain itu bertemu ketika di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia menyaksika­n kemenangan berpihak kepada Zii Jia dalam pertarunga­n straight set 21-6, 21-14.

Bagi Zii Jia dia sudah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk mengibarka­n cabaran.

“Apa yang saya dapat pelajari ketika di Masters Indonesia adalah perlu kurang melakukan kesalahan yang tidak sepatutnya dan lebih bersabar,” katanya.

Sementara itu bagi jurulatihn­ya, Indra Wijaya, Zii Jia bermain dengan baik ketika Masters Indonesia namun perlu diakui lawan menampilka­n permainan yang lebih baik.

“Banyak pelajaran yang kita dapat dan boleh digunakan pada perlawanan akan datang. Saya rasa dia sudah bersedia untuk berdepan siapa saja lawannya dan mempelajar­i sesuatu daripada Masters Indonesia,” katanya.

“Apa yang saya dapat pelajari adalah perlu kurang melakukan kesalahan Zii Jia

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia