Harian Metro

Tiada pilihan lain...

- Oleh Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Pasukan Malaysia tiada pilihan lain selain memastikan kemenangan dengan jaringan yang besar dapat dicipta untuk menempatka­n diri ke Piala Asia 2023.

Penyerang Harimau Malaya Syafiq Ahmad berkata, peluang yang sudah terhidang untuk beraksi di Piala Asia seharusnya dimanfaatk­an sebaik mungkin pada perlawanan terakhir menentang Bangladesh hari ini.

Syafiq berkata, dia percaya pengendali Harimau Malaya Kim Pan-gon mempunyai formula dan perancanga­n terbaik bagi memastikan pasukan negara meraih keputusan positif.

“Paling penting adalah pemain beraksi dengan taktikal yang sudah dirancang oleh jurulatih. Jika kita ikut pasti akan meraih kemenangan dan boleh layak ke Piala Asia 2023.

“Setiap perlawanan ada tekanan kepada pemain namun apabila beraksi di tempat sendiri perlu bijak menanganin­ya dan pastikan kemenangan berpihak kepada kita,” katanya, pada sidang media pra perlawanan Kumpulan E Malaysia bertemu Bahrain, semalam.

Selain itu, Syafiq berkata, dia mengetahui kekecewaan penyokong Harimau Malaya selepas tewas kepada Bahrain

tempoh hari hingga Malaysia berdepan laluan agak sukar untuk ke pentas Piala Asia.

“Saya ada lihat satu video viral mengenai seorang budak menangis selepas kita tewas kepada Bahrain dan semua pemain terkesan melihatnya. Oleh itu, kita perlu menang bukan hanya untuk diri sendiri tapi juga demi seluruh rakyat Malaysia sekali gus mengubati kedukaan mereka. Rugi kalau terlepas peluang ini kerana ia waktu terbaik untuk ke Piala Asia 2023,” katanya.

Ketika ini, Bahrain berada di tangga teratas kumpulan

 ?? ?? PAN-gon bersama Syafiq ketika sidang media semalam.
PAN-gon bersama Syafiq ketika sidang media semalam.
 ?? ?? PEMAIN Harimau Malaya berlatih untuk aksi hari ini.
PEMAIN Harimau Malaya berlatih untuk aksi hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia