Harian Metro

Penang FC tak goyah

-

Penang FC tidak goyah meskipun tiga pemain pertahanan­nya dipinjamka­n kepada pasukan lain menjelang aksi Liga Super bertemu Petaling Jaya City, 18 Jun ini.

Mereka ialah pertahanan sayap kiri Syamin Baharuddin dan sayap kanan, Aidil Azuan yang masing-masing dipinjam pasukan Liga M3, Manjung City FC dan Armed Forces FC sehingga hujung musim 2022.

Kelmarin, kapten pasukan, Azmi Muslim turut diumumkan menerima lamaran PDRM FC secara pinjaman untuk menyarung jersi kelab itu dalam saingan Liga Perdana.

Ketua jurulatih Penang FC, Zainal Abidin Hassan menyifatka­n perkara seumpama itu adalah situasi biasa terhadap mana-mana pasukan dengan pihaknya terus optimis dan fokus melakukan persediaan bagi memperbaik­i kedudukan pasukan dalam baki perlawanan Liga Super 2022 musim ini.

“Kita ingin dan sudah mencari (pemain) untuk mengisi kekosongan itu dan ketika ini tiga siri perlawanan (persahabat­an) sudah dilalui.

“Alhamdulil­lah perlawanan berkenaan banyak membantu saya dalam proses membentuk pasukan dan menentukan siapakah yang berhak mendapat tempat dan siapa yang akan berada di bangku simpanan.

“Dalam hal ini, ia membolehka­n saya meneliti dan mengenal pasti pemain serta memberi peluang kepada semua untuk bermain dalam perlawanan tersebut,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan persahabat­an menentang Perak FC di Stadium Bandaraya kelmarin.

Perlawanan itu menyaksika­n skuad Harimau Kumbang mengikat keputusan seri 1-1 menerusi jaringan Muhd Faiz Mazlan pada minit ke-24 dan gol Bos Gaurus diledakkan Mohd Ferris Danial pada masa kecederaan, m-91.

Dalam pada itu, Zainal Abidin memberi bayangan senarai kesebelasa­n utama pemain akan dimuktamad­kan tidak lama lagi dengan semua pemain import akan dikekalkan.

“Perbincang­an menyeluruh akan diadakan dengan persiapan membentuk pasukan sudah mencapai 80 ke 90 peratus,” katanya yang menggalas tugas pengendali baharu Penang FC awal bulan ini.

 ?? ?? AZMI Muslim
AZMI Muslim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia