Harian Metro

Upah RM1,000 intip APMM

Kumpulan ‘sapu air’ bocor maklumat operasi, aset kepada sindiket penyeludup­an, nelayan asing

- Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@hmetro.com.my

Kerjanya sangat mudah iaitu memantau pergerakan keluar masuk bot ronda Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) dan salurkan maklumat kepada sindiket sebelum menerima upah lumayan antara RM500 hingga RM1,000 untuk setiap maklumat.

Itu hasil lumayan diperoleh kumpulan ‘pengintip upahan’ atau ‘sapu air’ bagi membocorka­n maklumat berkaitan operasi rutin APMM kepada sindiket penyeludup­an warga asing dan pengusaha bot nelayan asing.

Kegiatan itu dikesan berlaku di beberapa kawasan antaranya Tok Bali, Kelantan; Kuala Kurau, Perak; Muar dan Batu Pahat, Johor dan Pelabuhan Klang, Selangor.

Menurut sumber, terdapat beberapa modus operandi dipraktikk­an sindiket untuk memantau pergerakan penguat kuasa APMM.

“Kaedah mudah, mereka (sindiket) akan tunggu di hadapan jeti dan mengira bilangan bot penguat kuasa APMM sebelum memaklumka­n kepada kumpulan penyeludup.

“Selain itu, sindiket juga akan menyamar sebagai nelayan yang berada di kawasan sekitar jeti ataupun mereka menaiki bot di tengah lautan kononnya memancing. Selalunya mereka akan berada di laluan pergerakan bot APMM untuk mudahkan pemantauan dilakukan.

Mengulas lanjut, sumber itu berkata, kumpulan ‘pengintip upahan’ itu dianggotai antara 10 hingga 30 individu.

“Mereka bergerak dalam kumpulan, mudahkan proses pemantauan dilakukan.

Setiap maklumat akan segera disalurkan kepada tauke bot atau sindiket yang mengupah mereka.

“Kerja mereka mudah sahaja, bot APMM bergerak untuk keluar atau masuk dari pangkalan mereka akan salurkan kepada sindiket,” katanya.

Diminta memperinci­kan upah diperoleh kumpulan pengintip upahan itu, sumber itu berkata, RM500 hingga RM1,000 bagi setiap maklumat disalurkan.

“Satu hari berapa banyak maklumat pergerakan bot dan anggota penguat kuasa APMM disalurkan mereka kepada sindiket. Hasil mereka (sindiket) memang lumayan.

“Biasanya RM500 hanya upah untuk maklumat pergerakan APMM di jeti manakala di laut pula satu maklumat dibayar RM1,000,” katanya.

Menurutnya, selain pengintip warga tempatan, nelayan Vietnam yang bekerja secara sah kepada tauke neturut layan laut dalam menjadi ‘duri dalam daging’ kepada APMM.

“Golongan itu dipercayai menjadi sumber maklumat kepada rakan senegara yang menceroboh perairan negara untuk mencuri hasil laut negara.

“Sebaik kita cuba menjejaki lokasi penceroboh­an nelayan asing itu, kelibat mereka langsung tidak kelihatan di lokasi maklumat diterima.

“Perkara ini sering berlaku di kawasan perairan pantai timur yang menjadi sasaran nelayan asing menceroboh masuk ke perairan negara,” dedahnya.

Berdasarka­n maklumat itu, wartawan Harian Metro melakukan tinjauan di sekitar jeti APMM di Batu Pahat dan Pelabuhan Klang, baru-baru ini.

Pemerhatia­n mendapati, terdapat beberapa individu mencurigak­an berada berhampira­n pangkalan atau jeti APMM.

Ada di antara mereka dilihat merayau tanpa tujuan manakala ada yang berpura-pura memancing berhampira­n kawasan jeti dalam tempoh

lama.

Sindiket juga akan menyamar sebagai nelayan yang berada di kawasan sekitar jeti ataupun mereka menaiki bot di tengah lautan kononnya memancing”

Sumber

 ?? ?? ‘SAPU air’ yang menyamar sebagai pemancing akan menyalurka­n maklumat pergerakan penguat kuasa kepada sindiket.
‘SAPU air’ yang menyamar sebagai pemancing akan menyalurka­n maklumat pergerakan penguat kuasa kepada sindiket.
 ?? ?? ‘PENGINTIP upahan’ menjadikan jeti persendiri­an sebagai lokasi untuk mereka memantau pergerakan penguat kuasa.
‘PENGINTIP upahan’ menjadikan jeti persendiri­an sebagai lokasi untuk mereka memantau pergerakan penguat kuasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia