Harian Metro

Angka jangkitan HFMD di Johor turun 401 kes

-

Batu Pahat: Bilangan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri ini menunjukka­n penurunan bagi Minggu Epidemiolo­gi (ME) 23 (Epid 23) (5 hingga 11 Jun) kepada 1,090 kes iaitu penurunan sebanyak 401 kes berbanding minggu sebelumnya iaitu 1,491 kes.

Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan dan Perpaduan Johor Ling Tian Soon berkata penurunan tersebut dipercayai berikutan cuti sekolah dan pihaknya akan terus memantau perkembang­an kes penyakit berkenaan setiap minggu.

“Berkemungk­inan penurunan kes HFMD ini adalah disebabkan pada minggu berkenaan (Epid 23) adalah waktu cuti sekolah iaitu kebanyakan kanak-kanak berada di rumah dan bukannya di pusat jagaan, tadika atau taska,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia