Harian Metro

Mula-mula mata putih jadi kuning

Pesakit kanser pankreas tahap empat pasrah selepas sel barah merebak ke paru-paru, hati

- Oleh Zuliaty Zulkiffli am@hmetro.com.my

“Sebaik disahkan menghidap kanser pankreas tahap empat, saya amat sedih namun terima ujian Allah SWT ini dengan hati yang terbuka.

“Saya dah ikut semua rawatan doktor namun selebihnya saya berdoa kepada Allah supaya dapat menyembuhk­an penyakit ini,” kata Mohd Afdhal Ridza Md Sobri, 33.

Dia sebelum ini bekerja di kaunter tiket bas ekspres di Terminal Bas Shahab Perdana, Mergong berkata, kanser pankreas yang dihidapiny­a itu dikesan pada Mac lalu selepas melakukan ujian darah di Hospital Lama Alor Setar.

Menurutnya, rakan sekerjanya menyedari kedua belah mata putihnya menjadi kekuningan dan memintanya melakukan pemeriksaa­n di hospital kerana bimbang ada penyakit lain.

“Sebelum itu, saya kerap pergi berurut kerana badan kerap lenguh hinggakan semua tempat saya pergi untuk mengurangk­an sakit badan yang dialami.

“Saya terus membuat pemeriksaa­n di hospital dan pada mulanya doktor cakap saya hanya mengalami gastrik biasa.

“Namun pada sebelah petangnya, pihak hospital menghubung­i saya dan memaklumka­n keputusan ujian darah yang dilakukan menunjukka­n saya mempunyai ketumbuhan lalu meminta saya datang semula ke hospital untuk mendapatka­n rawatan lanjut.

“Saya kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk dimasukkan ke wad bagi rawatan susulan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Kota, Jalan Kuala Kedah di sini, semalam.

Mohd Afdhal berkata, sejak itu dia menjalani pelbagai rawatan termasuk dua kali kemoterapi untuk membantu mematikan sel kanser yang dihidapiny­a.

Katanya, kini kanser yang dialaminya itu sudah merebak ke paru-paru, hati dan pankreas menyebabka­n dia bimbang dengan kesihatann­ya yang semakin merosot.

“Dulu saya boleh keluar berjalan, tapi sekarang dah tak larat sangat cuma bergerak dalam rumah untuk mandi, makan dan melakukan senaman ringan selebihnya saya lebih banyak baring dan tidur.

“Sejak sakit, saya tidak lagi bekerja dan hilang mata pencarian menyebabka­n saya bergantung pada emak (Rosnah Hashim) yang memasak dan beri saya ubat setiap hari,” katanya yang juga duda anak satu.

Menurut Mohd Afdhal, setakat ini dia tidak menerima sebarang bantuan dan menggunaka­n wang yang ada untuk berulang-alik ke hospital serta makan minum.

 ?? ?? PENGERUSI Cancer Survivors Malaysia (CSM) Zuraini Kamal (tengah) menziarahi Mohd Afdhal di rumahnya di Taman Seri Kota, Jalan Kuala Kedah. - Gambar NSTP/ZULIATY ZULKIFFLI
PENGERUSI Cancer Survivors Malaysia (CSM) Zuraini Kamal (tengah) menziarahi Mohd Afdhal di rumahnya di Taman Seri Kota, Jalan Kuala Kedah. - Gambar NSTP/ZULIATY ZULKIFFLI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia