Harian Metro

Dipaksa makan nasi goreng dengan cili

- Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

Remaja sindrom Down dikenali sebagai Bella dipaksa makan sepinggan nasi goreng bersama jumlah cili yang banyak oleh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.

Pendedahan itu dibuat saksi pendakwaan kelapan, Suhana Zam, 40, ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Menurut Suhana, tindakan Siti Bainun itu dilihat ketika bersama beberapa penghuni berada di Rumah Bonda untuk makan tengah hari.

“Saya nampak Siti

Bainun letak satu pinggan nasi goreng dan cili dipotong yang pada saya nisbah cili itu banyak berbanding nasi.

“Dia (Siti Bainun) gaul dan nampak dia pegang dagu Bella untuk suapkan Bella. Bella mengelak tapi terpaksa makan sebab dipaksa. Dalam hati saya kenapa jadi macam ini?

“Saya terkejut tapi tidak cakap apa-apa sebab tidak mahu tegur Siti Bainun pada waktu itu sebab bimbang dan tak pasti reaksi dia (Siti Bainun),” katanya dalam sesi pemeriksaa­n utama, semalam.

Dalam sesi sama, Suhana yang juga rakan kepada Siti Bainun memaklumka­n dia melihat keadaan Bella yang tidak terurus dengan kesan lebam pada muka remaja itu ketika datang ke Rumah Bonda pada 13 Jun 2021 selepas diajak Siti Bainun untuk makan king crab. Beliau berkata, ketika tiba jam 5 petang di rumah berkenaan, dia terkejut apabila nampak rambut Bella sudah dipotong pendek dengan potongan tidak kemas. “Saya nampak bahagian kanan muka Bella ada lebam sebesar tapak tangan dari atas kening hingga bawah mata.

“Muka Bella ketakutan amat sangat dan ini adalah keadaan Bella paling teruk, rambut ‘tobek’ dan berbaju lengan panjang. Ketika itu saya agak emosional dan ada bertanyaka­n kepada Siti Bainun kenapa teruk sangat keadaan Bella.

“Siti Bainun memaklumka­n Bella bergaduh (dengan penghuni lain) dan hanya letak ubat sendiri tanpa bawa ke klinik.

“Dalam hati saya dah marah…saya tidak tanya lebih lanjut sebab tidak mahu bergaduh…saya nampak Bella beberapa kali dan dalam hati saya kata ini tidak betul...saya rasa marah dengan keadaan Bella,” katanya.

Suhana juga memaklumka­n dia dan beberapa rakan rapat dengan Siti Bainun mengambil masa untuk mendapatka­n penjelasan lanjut mengenai keadaan Bella kerana bimbang remaja itu akan disorok selain mereka tidak lagi boleh bertemu.

Terdahulu, Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan sehingga menyebabka­n mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah kondominiu­m di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

 ?? ?? SITI Bainun (kiri) ketika hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersama peguamnya, semalam. - Gambar NSTP/SAIFULLIZA­N TAMADI
SITI Bainun (kiri) ketika hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersama peguamnya, semalam. - Gambar NSTP/SAIFULLIZA­N TAMADI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia