Harian Metro

Minta RM200k dapat projek

- Oleh Mary Victoria Dass am@hmetro.com.my

Seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat rangkaian telekomuni­kasi direman Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, bagi membantu siasatan meminta dan menerima rasuah RM200,000.

SPRM pada kenyataan berkata, lelaki berusia 43 tahun itu ditahan menerusi operasi yang dijalankan di Kuala Lumpur dan Selangor.

“Lelaki terbabit ditahan di Pejabat SPRM Selangor, jam 8 malam semalam (kelmarin), selepas hadir memberikan keterangan.

“Dia dipercayai meminta dan menerima wang rasuah daripada sebuah syarikat sebagai dorongan memberikan kerja berkaitan projek kejurutera­an pembinaan serta pembaikan menara telekomuni­kasi bernilai kira-kira RM50 juta pada April tahun lalu,” katanya.

Menurut jurucakap, susulan itu, Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor semalam, membenarka­n lelaki itu direman empat hari selepas SPRM Johor membuat permohonan reman pagi semalam.

“Perintah reman yang bermula hari ini sehingga 17 Jun ini dikeluarka­n oleh Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali,” katanya.

“Lelaki terbabit ditahan di Pejabat SPRM Selangor, jam 8 malam semalam (kelmarin), SPRM

 ?? ?? KETUA pegawai eksekutif syarikat telekomuni­kasi tiba di Mahkamah Majistret Shah Alam, semalam.
KETUA pegawai eksekutif syarikat telekomuni­kasi tiba di Mahkamah Majistret Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia