Harian Metro

25 tan daging babi sejuk beku dirampas

-

‘ Berikutan itu, kesemua daging babi sejuk beku yang dianggarka­n sebanyak 25,000 kilogram (kg) dengan nilai anggaran RM282,000 ditahan untuk tindakan lanjut ”

Klang: Sebanyak 25 tan daging babi sejuk beku dari Sepanyol dianggarka­n bernilai RM282,000 dirampas dalam pemeriksaa­n di Pelabuhan Klang Utara, di sini, Ahad lalu.

Tindakan itu diambil selepas Jabatan Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n Malaysia (Maqis) Selangor melakukan pemeriksaa­n rutin kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Pengarah Maqis Selangor, Mohd Sobri Md Hashim berkata, dalam pemeriksaa­n itu, pihaknya mendapati sebuah kontena yang membawa dagangan daging babi sejuk beku itu tidak mematuhi syarat permit import.

“Pengimport gagal mempamerka­n nombor loji pemprosesa­n pada label barang dagangan itu seperti dinyatakan di dalam syarat permit import yang diluluskan.

“Berikutan itu, kesemua daging babi sejuk beku yang dianggarka­n sebanyak 25,000 kilogram (kg) dengan nilai anggaran RM282,000 ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, siasatan mendapati daging babi sejuk beku yang dibawa masuk oleh sebuah syarikat tempatan itu untuk pasaran dalam negara.

Katanya, kegagalan mematuhi syarat yang ditetapkan pada permit import Maqis menjadi kesalahan mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n Malaysia 2011 yang boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15(2) akta sama.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarak­an selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Mohd Sobri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia