Harian Metro

Dua kencing bawah pokok dicari polis

-

Iskandar Puteri: Polis masih mengesan dua lelaki yang berkelakua­n tidak senonoh di tempat awam dengan membuang air kecil di bawah pokok berhampira­n Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) Tanjung Kupang di sini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, berdasarka­n gambar yang tular di media sosial, kejadian dipercayai berlaku jam 11.11 pagi pada Ahad lalu.

Kata beliau, semakan dibuat mendapati, kejadian berlaku di laluan masuk kenderaan ringan dari Singapura ke Malaysia yang mana ia adalah pada hujung minggu.

“Pada waktu tersebut (hujung minggu), biasa berlaku kesesakan lalu lintas membabitka­n kenderaan dari Singapura ke Malaysia.

“Jarak dari lokasi yang ditularkan ke tandas awam berdekatan adalah kira-kira satu kilometer. Sekiranya pemilik kenderaan yang meninggalk­an kenderaann­ya dibahu jalan dan berjalan kaki untuk ke tandas awam, ia akan menyebabka­n kesesakan bertambah teruk,” katanya kelmarin.

Rahmat berkata, pelaku itu sedang dikesan untuk diambil keterangan.

Kes perlakuan tidak senonoh di tempat awam itu disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM100.

“Pemantauan akan terus dibuat dari semasa ke semasa supaya ia tidak berulang,” katanya.

Terdahulu, tular gambar di Facebook yang memaparkan dua individu sedang membuang air kecil di bawah pokok di lokasi berhampira­n KSAB.

 ?? ?? GAMBAR tular dua lelaki membuang air kecil di bawah pokok berhampira­n KSAB Tanjung Kupang.
GAMBAR tular dua lelaki membuang air kecil di bawah pokok berhampira­n KSAB Tanjung Kupang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia