Harian Metro

2 ditahan seleweng diesel bersubsidi

-

Manjung: Dua lelaki termasuk pemilik stesen minyak yang memiliki rekod kesalahan lampau dengan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ditahan di Pantai Remis di sini, jam 12 tengah hari kelmarin, kerana terbabit dalam aktiviti pembelian dan penyelewen­gan diesel bersubsidi.

Pengarah KPDNHEP Perak, Saifulliza­n Kamarul Zaman berkata, suspek berusia 20-an dan 53 tahun ditahan penguat kuasa KPDNHEP Cawangan Manjung susulan aduan serta risikan berkaitan aktiviti pembelian diesel bersubsidi menggunaka­n lori tangki secara berulang.

“Sebuah lori tangki didapati membeli diesel dan melakukan pengisian ke dalam tangki dalam tempoh satu hingga dua jam di stesen minyak sama.

“Suspek berusia 20-an didapati tiga kali mengisi diesel di stesen sama. Hasil siasatan awal, pemilik stesen minyak dan premis pemborong barang kawalan diesel itu disyaki individu sama malah mempunyai rekod kesalahan lampau dengan KPDNHEP,” katanya pada kenyataan, semalam.

Kata kenyataan, aktiviti penyelewen­gan itu berlarutan sejak lima bulan lalu disebabkan harga diesel (komersial) yang kini mencecah hampir RM5 seliter, sedangkan diesel di stesen minyak dijual pada harga RM2.15 seliter.

“Kami merampas dan menyita 23,200 liter diesel, lori tangki, dua nozel dan pam diesel dengan nilai keseluruha­n RM202,000.

“Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974,” katanya.

 ?? ?? PEGAWAI penguat kuasa KPDNHEP Cawangan Manjung memeriksa lori tangki dipercayai terbabit aktiviti pembelian dan penyelewen­gan diesel di Pantai Remis, Manjung.
PEGAWAI penguat kuasa KPDNHEP Cawangan Manjung memeriksa lori tangki dipercayai terbabit aktiviti pembelian dan penyelewen­gan diesel di Pantai Remis, Manjung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia